Alhamdulillah...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Buku Daftar Pelawat

Tuesday, September 1, 2009

Duit : Ada duit semua jadi, tiada duit semua pusing...

Duit...
Kalau di negara kita, Ada yang panggil Duit, ada yang panggil wang, ada yang panggil pitih, ada juga yang panggil fulus...apapun yang kita panggil, duit sangat bernilai untuk semua orang. Ada yang sanggup bekerja siang malam untuk dapat duit, ada yang sanggup merompak mencuri semata-mata nak dapat duit. Nak dapat duit jugak orang sanggup buat macam-macam. Ada yang buat kerja halal, ada yang buat kerja haram.
Nak dapat duit di Malaysia cukup senang. Bohong kalau ada orang yang cakap nak dapat duit di Malaysia susah. Tengok saja orang yang menjual tisu di kaki lima pusat membeli belah, jual tisu di depan tandas awam, senang je dapat duit. Begitu juga yang mencuci kereta secara persendirian berbekalkan basikal, baldi dan tong air. Teringat masa dulu-dulu sekitar 2005 dekat area Sunway Mentari, aku cukup respect dengan seorang hamba Allah yang mengayuh basikal berbekalkan peralatan asas membasuh kereta pergi tanya setiap pejabat kalau-kalau ada pelanggan yang nak basuh kereta. Dengan cara tu, setiap hari pasti ada kereta yang beliau cuci. Banyak lagi lah contoh kerja yang boleh dibuat untuk dapatkan duit, cuma tinggal lagi perlu ada keinginan dan daya usaha. Nak sesuatu kenala berusaha. Kalau setakat cakap saja jangan haraplah benda tu datang bergolek kat depan kita.
Biasanya, kalau berduit ni otak seseorang akan mula ligat berfikir. Fikir apa nak buat lepas nie, ada yang nak shopping sakan, ada yang menabung, ada yang besarkan perniagaan. Yang mana fikir nak menabung dan besarkan perniagaan memang orang tu bijak dalam urus duit, cuma malangla kalau orang yang fikir macam mana nak habiskan duit dengan membeli belah dan berhibur semata-mata.
Masa berduit memang semua jadi. Nak beli kereta mahal ke, beli rumah mahal ke..Bila tiada duit semua orang boleh jadi pening. Bila kepala otak dah pusing, dok fikir macam mana nak cari duit, idea-idea yang negatif senang je mempengaruhi diri. Ada yang jual / gadai tanah pusaka, gadai emas untuk kelihatan berduit. Sedangkan seseorang itu tidak sedar bahawa tindakan sedemikian boleh menjurus seseorang ke arah kemiskinan yang melarat.

No comments: