Slogan 1Malaysia akhir-akhir ini kedengaran setiap masa tak kira di mana berada. Walau apa pun bidang yang hendak diperkatakan semuanya dikaitkan dengan 1Malaysia. Itulah hebatnya gagasan yang dibawa oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke 6 Datuk Seri Najib Tun Razak. Harapnya, gagasan yang dibawa oleh PM akan mewujudkan 1semangat untuk 1Malaysia yang disokong oleh semua lapisan masyarakat. Slogan 'Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' akan tercapai sekiranya apa yang diwar-warkan itu dilaksanakan tanpa memilih pegangan politik seseorang. Ini dibuktikan apabila kerajaan berjanji memberi beras percuma setiap bulan kepada keluarga miskin tegar di bandar dan luar bandar. Jika perkara kebajikan sebegitu kerap dilaksanakan oleh kerajaan sekarang, tiada sebab rakyat masih menolak parti BN yang diketuai oleh UMNO untuk terus memerintah Malaysia buat selama-lamanya.
Tuesday, October 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment