BN akui Kelantan mundur
utusan online
08/10/2009 6:03pm
KOTA BHARU 8 Okt. — Barisan Nasional (BN) Kelantan mengakui Kelantan masih mundur berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia berikutan kegagalan kerajaan negeri melaksanakan pembangunan sebagaimana dijanjikan pada pilihan raya tahun lepas.
Setiausaha BN negeri, Datuk Mohd. Alwi Che Ahmad berkata, berbanding dengan Terengganu, Kelantan ketinggalan dari segi infrastruktur dan insaniah kerana kerajaan negeri lebih mengutamakan politik dari kebajikan rakyat.
"Semua orang tahu dan nampak bila sebut pembangunan di Kelantan, kerajaan negeri menyediakan peruntukan terlalu sedikit untuk itu, ini disebabkan tidak ada duit,” katanya ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, berhubung kegagalan Pas memerintah Kelantan setelah 20 tahun menerajui negeri ini, di sini, hari ini. - Bernama
2 comments:
untuk harga emas jongkong dan lain2yang hebat sila hubungi saya di goldman999.9@hotmail.com
harga lagi murah daripada habib poh kong dan dealer2 lain. bekalan antarabangsa
untuk harga emas jongkong dan lain2yang hebat sila hubungi saya di goldman999.9@hotmail.com
harga lagi murah daripada habib poh kong dan dealer2 lain. bekalan antarabangsa
Post a Comment