Salam ceria dan salam perpaduan kepada semua bloggers. Saya ingin menyentuh sedikit mengenai teori RAHMAN yang seingat saya menyentuh tentang perdana menteri dan bakal-bakal perdana menteri Malaysia. Ketika era 90an dulu, guru sejarah saya selalu memberi tips-tips untuk mengingat fakta Sejarah. Maka teori RAHMAN menjadi semacam perkara wajib untuk dihafal ketika itu apabila tiba ujian Sejarah. Jom kita tengok apa yang ada pada teori RAHMAN ;-
R - Rahman
N - Najib Tun Razak Jika secara teorinya, kita seakan-akan tidak boleh menolak akan kesahihan teori tersebut. Ini kerana era pemerintahan Pak Lah akan berakhir menjelang pertengahan bulan Jun 2010 apabila Pak Lah bersetuju membuat peralihan kuasa kepada timbalannya. Namun, teori RAHMAN pada pemerhatian saya dalam keadaan sekarang mungkin mengalami perubahan. Perubahan mungkin berlaku kerana Anwar Ibrahim dikatakan bakal mengambil alih pemerintahan negara menjelang tarikh 16 September 2008 ataupun dalam masa terdekat. Jika Anwar Ibrahim menjadi PM, adakah Dato' Sri Najib masih berpeluang menjadi PM seterusnya. Sekaligus membenarkan kesahihan teori RAHMAN yang menjadi tips sejarah sepanjang zaman.
No comments:
Post a Comment