Alhamdulillah...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Buku Daftar Pelawat

Saturday, October 25, 2008

Pesta Bola Merdeka 2008 Final

Akhirnya....Vietnam muncul juara buat kali pertama Pesta Bola Merdeka edisi ke 40 apabila menewaskan tuan rumah Malaysia dengan sepakan penalti 6-5 setelah tamat perlawanan sebenar 0-0. Itulah bolasepak sebenarnya.... walaupun Malaysia mara bergaya ke perlawanan akhir dengan jaringan besar tanpa bolos tetapi gagal mengulangi kecemerlangan semasa berdepan Vietnam yang menurunkan pasukan pelapis.
Dalam bolasepak, bagaimana kita bermain, bagaimana strategi dirancang tidak begitu penting dan yang lebih penting adalah kemenangan. Pasukan yang menjaringkan gol adalah dikira pemenang. Hakikat yang terpaksa kita telan walaupun pemain kita harus diberi pujian dan satu pengajaran bermakna bagi kita adalah 'perang psikologi' mampu mengatasi segala-galanya.
Pasukan Vietnam berjaya menguasai emosi pemain kita, ternyata pasukan Malaysia lebih banyak tertekan hinggalah semasa sepakan penalti. Kegagalan mempertahankan kejuaraan seharusnya memberi pengajaran kepada pemain-pemain Malaysia untuk memperbaiki corak permainan dan menyusun kembali strategi mereka di Piala AFF Suzuki 2008 nanti.

Pasukan Vietnam bijak menyerap tekanan pada perlawanan akhir malam tadi. Walaupun pasukan Malaysia melancarkan serangan demi serangan namun dihampakan oleh penjaga gol Vietnam yang beraksi cemerlang. Pasukan Malaysia kelihatan buntu mencipta jaringan sehingga ke masa tambahan. Biarpun pada permulaan perlawanan,Indra Putra berjaya menjaringkan gol namun jaringan tersebut dibatalkan kerana off-side. Keadaan serba tidak menjadi pasukan Malaysia seakan-akan menandakan tekanan yang kuat dihadapi oleh para pemain. Selain gelagat pemain Vietnam yang kelihatan sengaja melambatkan-lambatkan permainan, aksi berbahaya Vietnam juga menyebabkan pemain Malaysia terikut-ikut dengan tempo permainan tersebut. Hasilnya lapan kad kuning yang dilayangkan oleh pengadil dalam perlawanan malam tadi. Sepakan penalti terakhir yang diambil oleh Norhafiz Zamani Misbah merupakan situasi yang cukup mendebarkan kepada penyokong Malaysia. Walaupun beliau pemain senior yang berpengalaman, namun tendangan beliau berjaya ditampan oleh penjaga gol Vietnam sekaligus memberikan kemenangan yang cukup bermakna kepada Vietnam di hadapan lebih kurang seribu orang penyokong mereka di Stadium Nasional Bukit Jalil. Selain membawa pulang piala dan wang USD 10 ribu , pasukan Vietnam juga pastinya lebih yakin dan bersemangat untuk berdepan dengan Malaysia lagi di perlawanan-perlawanan akan datang. Tahniah untuk Vietnam...dan kepada pasukan Malaysia, masih ada peluang untuk bangkit menjadi sebuah pasukan yang digeruni di Asia setaraf dengan Jepun dan Korea jika pengalaman dijadikan teladan.

No comments: