Alhamdulillah...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Buku Daftar Pelawat

Friday, October 24, 2008

Pesta Bola Merdeka 2008 Part 2

Malaysia berjaya ke perlawanan akhir pesta bola Merdeka edisi ke 40 menentang Vietnam pada 25 Oktober 2008 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Tahniah juga kepada pasukan Malaysia di atas kejayaan mereka mengalahkan Myanmar 4-0 semasa perlawanan separuh akhir malam tadi. Jika diberi penilaian prestasi, pasukan Malaysia berada pada tahap memuaskan. Selain menang dengan jaringan yang besar ketika menentang Afghanistan 6-0, pasukan Malaysia juga mengekalkan rekod tanpa dibolosi pihak lawan. Berdasarkan prestasi pasukan Malaysia dalam perlawanan yang lepas maka peluang Malaysia mengulangi kejayaan di perlawanan akhir sangat cerah.
Sekadar menyebut barisan bintang yang boleh disandarkan harapan untuk merobek kubu lawan di perlawanan akhir nanti seperti Shukor Adan, Safee Ali dan Zaquan Adha. Selain mempunyai persefahaman yang baik antara jentera tengah dan penyerang, Malaysia juga dibantu oleh kekebalan benteng pertahanan yang diterajui oleh Norhafiz Zamani Misbah, Aidil Zafuan. Kedua-duanya tetap tenang mengawal keadaan walaupun digasak oleh pihak lawan. Sikap tenang dan berhati-hati pemain pertahanan sangat penting ketika bergelut dengan pihak lawan terutamanya di dalam kawasan penalti.
Prestasi benteng terakhir yang diberi tanggungjawab menjaga gawang gol (Helmi Eliza) setakat ini cukup membanggakan. Beliau tidak banyak diuji, namun sentiasa fokus dan tangkas melayangkan badan menangkis percubaan berbahaya lawan.
Sememangnya pasukan Malaysia mempunyai peluang mengulangi kemenangan kali kedua berturut-turut berdasarkan kebolehan dan prestasi pemain-pemain mereka ketika ini. Biarpun pesta bola Merdeka kali ini nampak hambar dengan ketiadaan Thailand, Indonesia dan Singapura, Malaysia perlu mempamerkan permainan yang berkualiti semasa perlawanan akhir nanti. Hantaran tepat, agresif tapi berhati-hati perlu ketika berdepan pasukan Vietnam yang pastinya memberi tentangan habis-habisan. Andainya skuad Malaysia muncul juara, ia akan menjadi bekalan moral untuk menyuntik semangat anak-anak buah B.Sathianathan berdepan Vietnam sekali lagi pada 8 Disember 2008 dalam AFF Piala Suzuki 2008.

No comments: