Kecoh!Kecoh! malah boleh menggugat perpaduan kaum di Malaysia. Aku tak faham, apakah motif sebenar TV3 dalam buletin Utama menayangkan isu pertengkaran, cabar mencabar antara Ahli Parlimen Puchong dengan Ketua Pemuda UMNO bahagian di luar Bangunan Parlimen. Dalam perhatian aku, malaymail, utusan malaysia dan lain-lain saluran berita malah blog pembangkang tidak menyiarkan sedikit pun mengenai kekecohan tersebut. Pada aku, TV3 tidak patut menyiarkan berita mengenai kekecohan di lobi parlimen siang tadi kerana laporan tersebut boleh menaikkan sentimen perkauman kepada penonton. Jika pihak TV3 terus menayangkan isu tersebut,aku yakin sesuatu yang buruk akan berlaku di negara Malaysia yang tercinta ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Man,
Sebagai organ media UMNO, TV3 menjalankan propaganda untuk UMNO. Paham-pahamlah maksud mereka.
Post a Comment