Alhamdulillah...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Buku Daftar Pelawat

Saturday, February 28, 2009

Bahaya Perpecahan

Perpecahan dan permusuhan merupakan perbuatan atau gejala masyarakat yang sangat dibenci oleh Islam. Nabi Muhammad s.a.w. telah diutuskan oleh Allah untuk menyatupadukan umat manusia supaya mereka dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. Perpecahan dikutuk kerana ia boleh melemahkan umat Islam dalam pelbagai keadaan serta menjadikan mereka lemah dan tidak mampu menghadapi cabaran yang ada.
Selain dari mengakibatkan kegagalan, perpecahan juga akan menyebabkan hilangnya rahmat dan nikmat dari Allah. Mereka yang menyebabkan huru-hara dan permusuhan adalah termasuk golongan yang tidak bersyukur atas nikmat Allah yang menjadi salah satu syarat bagi bertambahnya nikmat itu, manakala mengkufurkannya akan menempah bala’ dan seksa dari Allah.Perpecahan juga boleh menyebabkan umat Islam hilang kehebatan di mata musuh iaitu tidak lagi menggerunkan mereka. Ini akan menyebabkan umat Islam ditindas dan diancam keselamatan diri, harta-benda dan iman. Hal ini telah ternyata sekarang, dimana-mana saja di dunia ini keadaan umat Islam sangat lemah disebabkan permusuhan sesama sendiri. Di tanah Arab, Afrika, Asia, malah di negara kita Malaysia sendiri tidak terlepas dari bahaya permusuhan sesama sendiri. Akhirnya umat Islam kalah bukan kerana kekuatan pihak musuh, tetapi kalah kerana kelemahan diri sendiri.

No comments: