Maka berakhirlah penantian jutaan penyokong UMNO untuk melihat barisan kepimpinan baru di dalam parti UMNO. Telah diketahui bahawa yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti. Namun, yang tumbuh dan yang berganti itu tidak pasti adakah membawa kebaikan ataupun membawa kehancuran dan kesengsaraan. Jika diteliti semasa perhimpunan agung UMNO, banyak mesej yang disampaikan oleh perwakilan. Semuanya mahukan PERUBAHAN di dalam parti UMNO dan harapan itu disandarkan dibahu barisan kepimpinan baru sama ada MT, Pemuda , Puteri dan Wanita UMNO. Harapnya pemimpin yang baru dipilih janganlah pula dianggap seperti pepatah " cakap berdegar-degar, tahi lekat di gelegar".
Friday, March 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment