Alhamdulillah...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Buku Daftar Pelawat

Saturday, July 18, 2009

Tiada apa nak dibanggakan dengan MANCHESTER UNITED F.C

Tak sabar nak komen pasal perlawanan persahabatan antara Manchester United (MU) vs Malaysia U23. Keseluruhannya, pasukan Malaysia U23 kali ini mampu menyaingi pasukan yang bertaraf dunia. Tahniah buat pasukan Malaysia kerana bermain cemerlang hingga ke wisel penamat. Pasukan Malaysia sebuah pasukan yang baru sebulan dua dibentuk di bawah kendalian jurulatih baru K.Rajagobal. Prestasi dan semangat juang anak-anak didik K.Rajagobal menakjubkan. Apa tidaknya, pasukan Malaysia mampu membolosi kubu MU 2 gol menerusi penyerang berbisa Amri Yahyah. Prestasi MU kali nie sangat mengecewakan. Jika Chelsea menang selesa 2-0 menentang Malaysia tahun lepas, sepatutnya MU menang besar sekurang-kurangnya 5/6-0 petang tadi. Biar sesuai dengan gelaran kelab termahal dunia.
Satu perkara yang menarik harus dipelajari semua jurulatih ialah ketegasan Sir Alex Ferguson. Beliau mampu membaca permainan dan tahap konsentrasi pemain beliau. Selepas kesilapan yang dilakukan penjaga gol MU (Van Der Sar), beliau terus membuat pertukaran penjaga gol pada separuh masa kedua. Selain menyelamatkan imej penjaga gol terbaik dunia, beliau juga mengelak pasukannya dimalukan oleh pasukan kerdil yang baru sebulan dua dibentuk. Bukan itu sahaja, Sir Alex Ferguson juga membuat pertukaran dengan membawa masuk pemain berpengalaman Ryan Giggs dan Micheal Owen. Hasilnya, Owen menjaringkan gol kemenangan MU pada 10 minit terakhir perlawanan.
Bagi perlawanan persahabatan kali kedua Isnin ini, MU bersetuju untuk menentang Malaysia di Stadium Bukit Jalil jam 8.45 malam. Peluang keemasan ini harus digunakan sepenuhnya oleh pemain Malaysia untuk tidak mengulangi kesilapan-kesilapan mudah yang telah dilakukan petang tadi. Aspek hantaran dan komunikasi antara pemain perlu dipertingkatkan lagi. Jika semangat dikekalkan serta kesilapan petang tadi diatasi, aku yakin Malaysia dapat mengatasi pasukan MU malam Isnin nanti. Sebab, tiada apa yang nak dibanggakan dengan pasukan MU.

No comments: