Alhamdulillah...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Buku Daftar Pelawat

Monday, August 17, 2009

PRK N11 Permatang Pasir : Kekalahan UMNO sudah dijangka

Biarpun hari penamaan calon akan bermula hari ini, namun keputusan pilihanraya kecil permatang pasir sudah boleh dijangka. UMNO awal-awal lagi sudah kalah. Banyak faktor yang menyebabkan UMNO kalah pada pilihanraya kali ini. Antara faktor yang boleh disenaraikan ialah :
    1. N11 Permatang Pasir berada di dalam Permatang Pauh yang juga kubu kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
    2. N11 Permatang Pasir sebelum ini sudah 3 penggal diperintah oleh parti PAS.
    3. Media arus perdana yang jelas menyokong UMNO selalu menggunakan isu perkauman
    4. Strategi kempen Manek Urai dibawa ke Permatang Pasir. UMNO kalah di Manek Urai, maka penggunaan strategi yang menyebabkan kekalahan UMNO satu tindakan tidak bijak UMNO.
    5. Modal Pembangunan yang sering diulang-ulang oleh pemimpin UMNO ketika berkempen. Rakyat akan bertanya, jika betul UMNO membela rakyat permatang pasir mengapa semasa BN memerintah Pulau Pinang selama berpuluh tahun, pembangunan tidak segera dibuat di permatang pasir?

Sebenarnya banyak lagi faktor yang menyebabkan UMNO kalah dalam pilihanraya kecil Permatang Pasir. Biarlah pihak optimist UMNO sahaja merungkainya...

No comments: