Alhamdulillah...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Buku Daftar Pelawat

Sunday, August 16, 2009

Syabas PETRONAS...

Valentino Rossi melakukan aksi 'wheelie' di litar Brno, Republik Czech selepas memenangi tempat pertama motoGP hari ini.
Syabas dan jutaan tahniah kepada PETRONAS kerana menjadi sebuah syarikat multinasional sekaligus mengharumkan nama Malaysia seantero dunia. Nama PETRONAS hari ini telah terpampang di media seluruh dunia gara-gara kejayaan Valentino Rossi memenangi tempat pertama dalam MotoGP di litar Brno, Republik Czech. Beliau menunggang motosikal yamaha YZR-M1. PETRONAS adalah salah satu syarikat yang menjadi rakan kongsi kepada FIAT YAMAHA. Langkah bijak PETRONAS menjadi rakan kongsi kepada FIAT YAMAHA sangatlah dipuji. Kemenangan demi kemenangan Valentino Rossi dan FIAT YAMAHA akan memberi keyakinan kepada dunia yang PETRONAS adalah syarikat berteknologi tinggi dalam penghasilan minyak untuk perlumbaan.
Selain menjadi rakan kongsi untuk FIAT YAMAHA, PETRONAS juga merupakan 'premium partner' kepada BMW SAUBER-FI team.
Harapan aku kepada PETRONAS...
    1. Berkerjasama dengan MODENAS ( Motosikal dan Enjin Nasional ) untuk menghasilkan motosikal yang setanding YAMAHA, HONDA dan DUCATI. Selain menghasilkan motosikal kapcai, kerjasama MODENAS dan PETRONAS juga semestinya mampu menghasilkan motosikal untuk perlumbaan dalam kategori 125cc, 250cc dan 500cc.

Alangkah bertuahnya jika suatu hari nanti akan lahir pemenang motoGP dari Malaysia yang menunggang jentera MODENAS menggunakan minyak perlumbaan keluaran PETRONAS. Impian ini pasti menjadi kenyataan.

No comments: