Alhamdulillah...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Buku Daftar Pelawat

Friday, October 24, 2008

Pesta Bola Merdeka 2008 Part 2

Malaysia berjaya ke perlawanan akhir pesta bola Merdeka edisi ke 40 menentang Vietnam pada 25 Oktober 2008 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Tahniah juga kepada pasukan Malaysia di atas kejayaan mereka mengalahkan Myanmar 4-0 semasa perlawanan separuh akhir malam tadi. Jika diberi penilaian prestasi, pasukan Malaysia berada pada tahap memuaskan. Selain menang dengan jaringan yang besar ketika menentang Afghanistan 6-0, pasukan Malaysia juga mengekalkan rekod tanpa dibolosi pihak lawan. Berdasarkan prestasi pasukan Malaysia dalam perlawanan yang lepas maka peluang Malaysia mengulangi kejayaan di perlawanan akhir sangat cerah.
Sekadar menyebut barisan bintang yang boleh disandarkan harapan untuk merobek kubu lawan di perlawanan akhir nanti seperti Shukor Adan, Safee Ali dan Zaquan Adha. Selain mempunyai persefahaman yang baik antara jentera tengah dan penyerang, Malaysia juga dibantu oleh kekebalan benteng pertahanan yang diterajui oleh Norhafiz Zamani Misbah, Aidil Zafuan. Kedua-duanya tetap tenang mengawal keadaan walaupun digasak oleh pihak lawan. Sikap tenang dan berhati-hati pemain pertahanan sangat penting ketika bergelut dengan pihak lawan terutamanya di dalam kawasan penalti.
Prestasi benteng terakhir yang diberi tanggungjawab menjaga gawang gol (Helmi Eliza) setakat ini cukup membanggakan. Beliau tidak banyak diuji, namun sentiasa fokus dan tangkas melayangkan badan menangkis percubaan berbahaya lawan.
Sememangnya pasukan Malaysia mempunyai peluang mengulangi kemenangan kali kedua berturut-turut berdasarkan kebolehan dan prestasi pemain-pemain mereka ketika ini. Biarpun pesta bola Merdeka kali ini nampak hambar dengan ketiadaan Thailand, Indonesia dan Singapura, Malaysia perlu mempamerkan permainan yang berkualiti semasa perlawanan akhir nanti. Hantaran tepat, agresif tapi berhati-hati perlu ketika berdepan pasukan Vietnam yang pastinya memberi tentangan habis-habisan. Andainya skuad Malaysia muncul juara, ia akan menjadi bekalan moral untuk menyuntik semangat anak-anak buah B.Sathianathan berdepan Vietnam sekali lagi pada 8 Disember 2008 dalam AFF Piala Suzuki 2008.

Thursday, October 16, 2008

Most Beautiful Structures in Malaysia part 3

Most Beautiful Structures in Malaysia part 2

Pesta Bola Merdeka 2008 Part 1

Tahniah kepada pasukan bolasepak Malaysia kerana berjaya menewaskan Nepal 4-0 dalam perlawanan pembukaan Pesta Bola Merdeka edisi ke 40 malam tadi. Dengan kemenangan tersebut maka riuh rendahlah seluruh pelusuk tanah air membincangkan kehebatan pasukan Malaysia. Jika diamati penyertaan pasukan-pasukan yang bertanding dalam Pesta Bola Merdeka seperti Nepal, Bangladesh, Afghanistan, Sierra Leone, Myanmar, Vietnam dan Mozambique, maka sepatutnya Malaysia tidak perlu berhempas pulas memerah keringat untuk mempertahankan kejuaraan Pesta Bola Merdeka untuk tahun kedua berturut-turut. Malaysia mencatat kejuaraan kali ke-11 dalam kejohanan Pesta Bola Merdeka 2007 setelah menewaskan Myanmar 3-1 di Stadium Shah Alam. Kali terakhir Malaysia memenangi kejuaraan Pesta Bola Merdeka adalah pada tahun 1993 dengan menewaskan Korea dengan keputusan jaringan yang sama.

Namun, dalam bolasepak semuanya boleh berlaku. Pasukan Malaysia dijangka menjadi juara dalam kumpulan A yang diundi bersama Nepal, Siera Leone dan Afghanistan. Malaysia pastinya mendapat tentangan kuat dari pasukan Vietnam atau Myanmar dalam perlawanan seterusnya. Lapan pasukan termasuk Malaysia menyertai kejohanan itu yang dibahagi mengikut kumpulan. Sekadar rekod, 8 pasukan yang bertanding dalam Pesta Bola Merdeka edisi ke 40 tahun 2008 ialah Kumpulan A -- Malaysia (ranking dunia FIFA 160), Sierra Leone (133), Nepal (175) dan Afghanistan (182), manakala Kumpulan B -- Mozambique (100), Myanmar (157), Bangladesh (179) dan Vietnam (165).

Sunday, October 12, 2008

Kalaula turun...

Petrol mungkin kembali RM1.92 seliter
JOHOR BAHRU 10 Okt. – Dengan harga minyak dunia kini turun kepada AS$82 (RM287) setong, kerajaan membayangkan harga petrol di negara ini dapat kembali dijual pada harga RM1.92 seliter seperti dua tahun lepas jika harga minyak global jatuh di bawah AS$72 (RM252) setong. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, fenomena itu dijangka berlaku jika permintaan minyak mentah di pasaran dunia menurun dan tercetus kemelesetan ekonomi dunia. “Kalau kita mahu menikmati semula harga petrol RM1.92 seliter, maka harga minyak dunia perlu turun mencecah AS$72 setong.
“Harga minyak dunia semakin menurun dan penurunan harga boleh berlaku sekiranya kurang permintaan di negara maju seperti Jepun, Eropah dan Amerika Syarikat (AS),” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan penaiktarafan kilang zip, YKK (M) Sdn. Bhd., yang bernilai RM6.4 juta di Larkin di sini hari ini. Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Pengarah Urusan YKK, Sakato Nagasaki. Penurunan kali terakhir harga petrol dan diesel di negara ini ialah pada 24 September lalu dengan harga minyak petrol jenis RON 97 turun kepada RM2.45 seliter, RON 92 kepada RM2.30 seliter, manakala diesel kepada RM2.40 seliter. Sebelum itu, harga petrol ialah RM2.70 seliter manakala diesel RM2.58 seliter.
Menurut Shahrir, penurunan harga minyak oleh kerajaan dibuat berpandukan fakta mengikut kadar pertukaran ringgit dengan dolar AS. Jelasnya, jika nilai ringgit meningkat berbanding dolar maka harga minyak akan dapat diturunkan ke paras yang lebih rendah. Katanya, keputusan mengenai penurunan harga minyak akan diketahui pada mesyuarat kabinet akhir bulan ini. Sementara itu, Shahrir memberitahu, bukan kesemua barang keperluan di negara ini dapat dikawal harganya kerana ketiadaan mekanisme harga. Contoh, terbaik, katanya, ialah santan kelapa.
“Santan tidak boleh dikawal kerana kita tidak tahu sukatan kepekatannya. Ada permintaan santan pekat dan santan cair, ini perkara logik yang harus difahami pengguna,” katanya. Bagaimanapun, jelas beliau, kerajaan mengawal harga kelapa parut yang termasuk dalam 17 barangan kawalan pada musim perayaan. Menurutnya, sebanyak 600,000 biji kelapa dari Indonesia telah diimport menerusi FAMA pada musim Hari Raya Aidilfitri lalu bagi membantu mengawal harga santan. Shahrir menjangkakan tiada masalah permintaan akan berlaku pada perayaan Deepavali hujung bulan ini.
sumber : Arkib Utusan Malaysia online 11/10/2008

Dulu-dulu

Dulu-dulu pada tarikh 5 Jun 2008, harga minyak petrol naik 78 sen, diesel RM1..maka terkejut sakanla rakyat kebanyakan..stesen-stesen minyak masa tu meriah sungguh..