Alhamdulillah...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Buku Daftar Pelawat

Tuesday, June 9, 2009

Hidup Adalah Satu Perjuangan

Betul ke hidup ni satu perjuangan. Tapi berjuang untuk apa yea? Mungkin ramai yang tertanya-tanya adakah hidup kita satu perjuangan. Bagi aku, hidup memang satu perjuangan. Perjuangan dalam mengharungi cabaran dan dugaan hidup seharian. Perjuangan yang paling simple adalah berjuang untuk menentang sifat malas dan liat untuk lakukan sesuatu perkara yang kita nak. Nak berjaya tapi malas nak berusaha. Perkara lain yang paling mudah dilakukan tapi paling susah bagi sesetengah orang ialah nak bangun solat subuh. Bermacam-macam alasan yang diberi untuk bangun solat subuh, last-last terus tak solat. Kalau sifat negatif yang bersarang dalam jiwa kita pun masih gagal nak ditentang dan dilawan, macam mana pulak nak berjuang digelanggang kehidupan yang penuh tipu daya?
Oleh itu, apa juga yang kita lakukan, kita sebenarnya sentiasa berdepan dengan halangan. Halangan boleh datang dari dalam diri dan juga orang di sekeliling kita. Sebolehnya, halangan jangan mematikan langkah kita. Jadikan halangan sebagai pemangkin kepada kejayaan yang lebih hebat dan mengkagumkan. Bukankah seorang wira tidak akan muncul wira kalau dia tidak ditentang oleh musuhnya? Kerana musuhnya itulah dia berpeluang menunjukkan kehebatannya, ketangkasannya dan kebijaksanaannya.
Di dalam Al-Quran, Allah swt telah mengangkat kedudukan para Rasul dan Nabi itu ke tahap yang tinggi sekali. Mereka diangkat setelah mereka mengalami pelbagai cubaan dan dugaan yang sulit-sulit. Rasulullah S.A.W sendiri, paling hebat berdepan dengan orang-orang yang dengki dan busuk hati. Begitu juga dengan nabi-nabi yang lain seperti nabi Musa a.s dan nabi Isa a.s. Semuanya berdepan dengan cabaran dan dugaan hidup. Andainya kesemua Rasul dan Nabi tersebut seorang yang lemah, apakah mereka akan berjaya melawan cabaran pada akhirnya?
Demikianlah hakikat kehidupan kita semua. Apapun yang kita cuba lakukan, pasti ada suara-suara yang tidak menyenangi. Orang-orang ini bukan sahaja tidak menyenangi malah bertindak melampaui had untuk meruntuhkan kita semua dengan berbagai-bagai cara. Tindakan-tindakan seperti menghasut, mengejek, merendah-rendahkan dan sebagainya itu bukanlah asing bagi mereka. Sehingga kita benar-benar jatuh tersungkur, mereka tidak akan berhenti dari melakukan sesuatu.
Maka, sikap pejuang perlu ada dalam diri kita. Jika kita pintar dan bijak, segala yang mereka lemparkan kepada kita akan menjadi baja yang akan menyuburkan lagi semangat kita untuk bangun berjuang menjadi insan yang gemilang dan terbilang. Bukannya sekali dicaci, dihina dan diperlekeh terus menikus. Semangat seperti 'patah sayap.bertongkat paruh' perlu ada dalam diri kita untuk terus berjuang dan sekaligus bangkit dari kegagalan.

1 comment:

Laire@Jani said...

Salam...

Aku baru tukar alamat blog aku.Sila guna alamat

2soul1heart.blogspot.com