Alhamdulillah...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Buku Daftar Pelawat

Saturday, October 11, 2008

Kata-kata hikmah 4

  1. Kamu menutup pintumu dan menurunkan tabirmu dan berasa malu kepada manusia tetapi tidak malu kepada Al-Quran yang ada di dadamu dan tidak malu kepada Allah yang Maha Besar yang tidak ada sesuatu yang dapat bersembunyi dariNya. - Al Fudhail bin Iyaadh
  2. Orang yang tidur mesti dikejutkan, orang yang lupa mesti diperingatkan. Sesiapa yang tidak pernah mendapat nasihat dan peringatan maka dia sebenarnya telah mati. Peringatan itu begitu bermanfaat buat sesiapa yang menerima dengan hati yang mempunyai ciri-ciri " Dan tidak diberi peringatan melainkan sesiapa yang segera bertaubat.-Imam Abdullah bin Alwi al-Haddad al-Husaini
  3. Orang akan tetap menjadi ahli ilmu yang sejati selama dia masih menuntut. Tetapi apabila pada suatu ketika dia berkata "Aku sudah pintar", maka sesungguhnya dia sudah menjadi bodoh dengan sendirinya. -Luqman Hakim
  4. Siapa yang mengamalkan apa yang telah diketahui maka akan diberi taufiq untuk mencapai apa yang belum diketahui - Al-Auzaa'i
  5. Siapa yang mendamaikan dua orang yang sedang bersengketa Allah akan memberinya pahala untuk tiap kalimat yang diucapkannya sama dengan memerdekakan budak - Anas r.aManusia yang paling lemah ialah orang yang tak sanggup cari teman dan yang paling lemah daripada itu ialah orang yang mensia-siakan teman yang telah diperolehinya -Imam Al-Ghazali
  6. Kamu tidak boleh memberi kepuasan kepada semua orang, tetapi kamu boleh memberi kepuasan kepada golongan yang berakal, beradab dan terpilih - Ibnu Maqaffa
  7. Usaha yang halal itu lebih berat daripada memindah bukit ke atas bukit -Ibnu Abbas
  8. Seseorang tidak akan mencapai darjat kesolehan, kecuali melalui enam rintangan: menutup pintu kemuliaan dan membuka pintu kehinaan, menutup pintu nikmat dan membuka pintu kesukaran, menutup pintu istirehat dan membuka pintu perjuangan, menutup pintu tidur dan membuka pintu jaga, menutup pintu kekayaan dan membuka pintu kemiskinan, menutup pintu harapan dan membuka pintu bersiap menghadapi maut -Ibrahim bin Adham

Thursday, October 9, 2008

Kata-kata hikmah khalifah 1

  1. Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan.-Saidina Ali bin Abi Talib
  2. Kecantikan bukan terletak pada pakaian yang dipakai tetapi ia bergantung kepada keelokan akhlak dan budi pekerti. - Saidina Ali bin Abi Thalib
  3. Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar buahnya dengan batu, tetapi tetap dibalas dengan buah. -Saidina Abu Bakar As-Siddiq
  4. Alangkah buruknya kepapaan, kalau aku mengadu aku malu, kalau aku berdiam diri aku binasa -Saidina Ali bin Abi Talib
  5. Jangan berkawan dgn orang yang tamak kerana pada zahirnya ia ingin membahagiakanmu tapi hakikatnya dia akan mencelakan . Jauhilah berteman dengan pembohong kerana ia boleh menjadikan orang yang dekat lari daripadamu dan sebaliknya . Janganlah berkawan dengan orang yang bakhil kerana ia akan melupaimu di waktu kamu sangat memerlukannya dan jauhilah bersahabat dengan orang yang suka berbuat jahat kerana ia tidak malu untuk menjualmu dengan harga yang sangat murah - Saidina Ali bin Abi Thalib
  6. Hanya lidah yang mahu berdusta dan berbohong. Namun pandangan mata, hayunan kedua belah tangan, langkah kedua belah kaki dan pergerakan tubuh atau seluruh anggota badan akan menafikan apa yang diucapkan oleh lidah -Khalifah Ali bin Abi Talib
  7. Jangan engkau percaya melihat kegagahan seorang lelaki. Tetapi jika mereka teguh memegang amanah dan menahan tangannya daripada menganiayai sesamanya, itulah lelaki yang sebenarnya -Khalifah Umar al-Khattab
  8. Nilai seseorang sesuai dengan kadar tekadnya, ketulusannya sesuai dengan kadar kemanusiaannya, keberaniannya sesuai dengan kadar penolakannya terhadap perbuatan jahat dan kesucian hati nuraninya sesuai dengan kadar kepekaannya terhadap kehormatan dirinya -Khalifah Ali bin Abi Talib
  9. Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri dan mengucapkan kata-kata lemah-lembut -Saidina Umar bin Al-Khatab
  10. Orang yang terlalu memikirkan akibat dari sesuatu keputusan atau tindakan, sampai bila-bilapun dia tidak akan menjadi orang yang berani -Khalifah Ali bin Abi Talib

Wednesday, October 8, 2008

Kata-kata hikmah 3

  1. 'Kebijaksanaan paling benar adalah ketetapan hati yang pasti.' - NAPOLEON BONAPARTE

  2. 'Matahari bersinar setelah badai pergi, selalu ada pemecahan bagi setiap masalah dan tugas tertinggi dari jiwa adalah untuk bergembira.'-RALPH WALDO EMERSON

  3. 'Ketulusan - jangan melakukan pembohongan yang menyakitkan; berfikirlah secara benar dan adil, bila anda berkata, berbicaralah sesuai dengan kebenaran dan keadilan itu.'-BENJAMIN FRANKLIN
  4. 'Pemenang dalam perjuangan hidup adalah orang yang boleh berdiri di atas kaki sendiri, yang percaya pada dirinya sendiri dan tidak takut untuk menyingkirkan penghalang yang menghalangi jalan mereka.'-RALPH WALDO EMERSON
  5. 'Apa pun yang saya cuba lakukan dalam hidup, maka hal itu saya usahakan dengan sepenuh hati untuk melakukannya dengan terbaik.'-CHARLES DICKENS
  6. 'Biar berdiri di puncak tertinggi tapi tanah masih di kaki daripada kaki memang di tanah tapi merasakan tak jejak ke bumi.'- DR.HM TUAH ISKANDAR al-haj
  7. 'Dahulu kuasa dianggap kekuatan fizikal. Kini, kuasa sebenarnya tiada jantina! Kekuatan minda mengatasi kekuatan fizikal.'-Datuk Maznah Hamid
  8. 'Budaya kita menggalakkan kita mempelajari suatu profesion supaya kita dapat bekerja untuk wang tetapi ia gagal mengajar kita cara menjadikan wang bekerja untuk kita.'-ROBERT KIYOSAKI

Wednesday, September 17, 2008

Kemenangan Badar yang ditunggu-tunggu

Hari ini 17 Ramadhan adalah hari Peperangan Badar, hari dimana Rasulullah saw mengetuai 313 orang sahabat untuk bertempur dengan lebih 1,000 orang musyrikin Mekah untuk mempertahankan aqidah Islam dan survival ummah. Badar berakhir dengan kemenangan buat Islam, Badar menyaksikan betapa saf Islam yang dipimpin Rasulullah dengan dinaungi pertolongan Allah swt telah mencapai kemenangan besar sehingga menundukkan musuh-musuh Allah, dan menyuburkan bumi Islam untuk berkembang luas.
Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang merakamkan di dalam kitabnya “Fiqh al Harakah dari Sirah Nabawiyyah”:
Peperangan Badar telah mempamirkan secara praktikal keteguhan iman para sahabat, satu tanzim yang sangat baik dan jihad yang penuh pengorbanan. Dan menurut Tuan Guru lagi antara pengajaran yang boleh dipetik dari peristiwa Peperangan Badar ini adalah bahawa:
Para Mujahid Islam berperang dengan penuh keimanan dan bersedia mengorbankan apa sahaja. Semua tugas dilaksanakan dengan hati yang ikhlas dan berlumba-lumba mengerjakan amal salih tanpa terasa dipaksa. Alangkah bertuahnya kita dalam gerakan Islam hari ini kiranya semangat dan pengorbanan Badar itu bersarang dalam hati kita masing-masing. Di zaman yang penuh mehnah dan pancaroba ini sudah pastilah kemenangan Badar sangat kita tunggu-tunggu dan nanti-nantikan. Badar membuktikan ketaatan para sahabat kepada Rasulullah selaku pemimpin dan kecintaan serta keimanan menebal terhadap Allah swt.
Di dalam kitabnya itu Tuan Guru merakamkan:
Seorang sahabat yang bernama Auf bin Harith bin al Ghafra berkata (kepada Rasulullah saw): “Apakah perkara yang menggembirakan Tuhan apabila dilakukan oleh hambanya?” Rasulullah saw bersabda: “Mengeluarkan tangan menghadapi musuh dengan terbuka”. Apabila mendengar jawapan Rasulullah beliau terus membuang perisainya dan mengambil pedang memerangi musuh sehingga gugur syahid (Allahuakbar!). Arahan Rasulullah saw supaya menyerang musuh dilaksanakan dengan penuh keimanan.Dalam ketiadaan Rasulullah saw, maka kepimpinan digalas pula oleh para ulamak, yang sewajarnya memimpin dengan tidak lekang jiwa dan semangat serta komitmen mereka terhadap perjuangan suci ini. Segala tutur, fikir dan geraknya mestilah berpandukan al Quran dan Sunnah, sebagaimana yang diwarisi dari Rasulullah saw.
Kita yang pasca Badar ini perlukan panduan, dorongan dan suntikan semangat dari mereka kerana medan tempur kita hari ini semakin luas dan gawat, jika tidak kita berhati-hati kita pasti tewas dan tergelincir sebelum bertempur.
Hari ini 17 Ramadhan dikenali juga dalam kalendar Islam sebagai Hari Nuzul Quran, hari ini menurut lipatan sirah adalah hari dimana al Quran diturunkan kepada Baginda Rasulullah saw di Gua Hira’ untuk disampaikan kepada umat manusia, bukan untuk sekadar dibaca dan disimpan di rak atau peti kaca, tetapi ia untuk dilaksanakan dijadikan hukum tertinggi untuk menyusun kehidupan masyarakat dan Negara.
Betapa indahnya jalinan Nuzul Quran dan Badar ini bagi kita yang berjuang menegakkan kalimah Allah swt ini. Quran inilah hukum tertinggi kita, kerana Quran inilah kita tegak berjuang pada hari ini, dan Badar adalah contoh komitmen dan kesediaan kita untuk berjuang mempertahankan al Quran ini walau apa yang bakal berlaku ke atas diri kita.
Benarlah firman Allah swt: Ingatlah ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu lalu diperkenankannya bagimu, sesungguhnya Aku akan mendatangkan bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut. Dan Allah tidak menjadikan melainkan sebagai khabar gembira dan agar hatimu menjadi tenteram kerananya, dan kemenangan itu hanyalah dari sisi Allah, sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Ayuh kita menuntut kemenangan sebenar sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah dan Rasul Nya itu.
p/s Dipetik dan diedit dari roslan sms

Monday, September 15, 2008

Teori RAHMAN

Salam ceria dan salam perpaduan kepada semua bloggers. Saya ingin menyentuh sedikit mengenai teori RAHMAN yang seingat saya menyentuh tentang perdana menteri dan bakal-bakal perdana menteri Malaysia. Ketika era 90an dulu, guru sejarah saya selalu memberi tips-tips untuk mengingat fakta Sejarah. Maka teori RAHMAN menjadi semacam perkara wajib untuk dihafal ketika itu apabila tiba ujian Sejarah.
Jom kita tengok apa yang ada pada teori RAHMAN ;-
R - Rahman
N - Najib Tun Razak
Jika secara teorinya, kita seakan-akan tidak boleh menolak akan kesahihan teori tersebut. Ini kerana era pemerintahan Pak Lah akan berakhir menjelang pertengahan bulan Jun 2010 apabila Pak Lah bersetuju membuat peralihan kuasa kepada timbalannya.
Namun, teori RAHMAN pada pemerhatian saya dalam keadaan sekarang mungkin mengalami perubahan. Perubahan mungkin berlaku kerana Anwar Ibrahim dikatakan bakal mengambil alih pemerintahan negara menjelang tarikh 16 September 2008 ataupun dalam masa terdekat. Jika Anwar Ibrahim menjadi PM, adakah Dato' Sri Najib masih berpeluang menjadi PM seterusnya. Sekaligus membenarkan kesahihan teori RAHMAN yang menjadi tips sejarah sepanjang zaman.

Friday, September 12, 2008

Lagu 'Your Mother'-Yusuf Islam

Sungguh menarik bila mendengar lagu Your Mother yang digubah oleh saudara Yusuf Islam atau dikenali juga sebagai Cat Stevens. Bila dengar lagu nie, mesti perasaan rindu kat ibu tersayang di kampung halaman makin kuat. Nak balik selalu menziarahi ibu maklum sajela, bukannya dekat jaraknya Bumi Kenyalang dengan tanah Semenanjung. Apapun alasan kita, yang penting ibu kita wajib dihormati dan disayangi seperti dalam lirik lagu dibawah.
Who should I give my love to? My respect and my honor to Who should I pay good mind to? After Allah And Rasulullah Comes your mother Who next? Your mother Who next? Your mother And then your father

Cause who used to hold you And clean you and clothes you Who used to feed you? And always be with you When you were sick Stay up all night Holding you tight That's right no other Your mother (My mother)

Who should I take good care of? Giving all my love Who should I think most of? After Allah And Rasulullah Comes your mother Who next? Your mother Who next? Your mother And then your father

Cause who used to hear you Before you could talk Who used to hold you? Before you could walk And when you fell who picked you up Clean your cut No one but your mother My mother

Who should I stay rigt close to? Listen most to Never say no to After Allah And Rasulullah Comes your mother Who next? Your mother Who next? Your mother And then your father

Cause who used to hug you And buy you new clothes Comb your hair And blow your nose And when you cry Who wiped your tears? Knows your fears Who really cares?My mother

Say Alhamdulillah Thank you Allah Thank you Allah For my mother.

Thursday, September 11, 2008

"Bagaimana kita boleh berharap untuk sampai, apabila kita tidak tahu ke mana kita pergi"-Dr. Sidney Newton Bremer, Ph.D

Salam sejahtera kepada semua blogger yang dikasihi. Terasa lama sangat saya tak postkan artikel untuk tatapan minda. Maklumla sibuk dengan urusan rumah tangga, kerjaya dan yang terbaru kemelut politik tanah air yang tak pernah reda. Macam-macam berita terkini, terhangat yang boleh dibaca,didengar oleh semua rakyat jelata. Kekadang seronok juga jadi pemerhati,penilai kepada episod politik tanah air nie. Bukan apa, melalui pemerhatian, penilaian secara ilmiah dan dengan menggunakan akal yang waras maka tahulah kita mana yang benar dan mana yang salah...mmm dah jauh terpesong pulak. Biarlah politicians dengan agenda masing-masing..yang penting rakyat biasa macam saya nie masih boleh hidup aman damai di bumi yang bertuah Malaysia.Amin
Saya ingin berkongsi artikel dengan pembaca semua tentang kata-kata penulis buku motivasi diri Dr. Sidney Newton Bremer Ph.D tentang "Bagaimana kita boleh berharap untuk sampai, apabila kita tidak tahu ke mana kita pergi". Selamat membaca.
Ada yang mengatakan bahawa manusia mirip ikan emas di dalam botol. Ikan emas berenang dan terus berenang tetapi hanya berputar di situ juga. Kebanyakan manusia kelihatan begitu sibuk, membanting tulang dan bekerja sepanjang hidup tanpa rancangan atau tujuan.
Pastikan sekarang, apa yang anda inginkan dari hidup. Jangan cepat puas dengan segala apa yang diberikan oleh hidup kepada anda. Hidup tidak pernah diciptakan sebagai permainan. Maha Pencipta tidak bermaksud untuk membuat karya masterpiece-Nya menjadi terbiar tanpa tujuan.
Pilihan ada pada diri anda. Anda boleh menjadi apa saja yang anda inginkan asal anda membuat keputusan bagi diri anda sendiri. Tidak ada seorang pun yang boleh melakukannya bagi anda. Buat keputusan sekarang, anda akan menjadi lelaki atau wanita yang bagaimanakah ketika berusia 60 atau 70 atau 80 tahun? Gambarkan pada fikiran anda suatu contoh orang mulia yang anda inginkan dengan segala miliknya pada saat itu. Fikirkan terus menerus tentang hal ini selama anda menuju kepada pencapaian sasaran itu.
Tidak ada seorang pun yang boleh sampai pada suatu kejayaan dengan hanya mengambil satu langkah. Kita melakukan perjalanan panjang menuju tujuan yang kita kehendaki selangkah demi selangkah, tingkat demi tingkat. Oleh itu, kita perlu menentukan sasaran jangka pertengahan yang tentunya diarahkan pada sasaran kita yang utama.
Sasaran jangka pendek seharusnya ditentukan secara harian, mingguan, bulanan atau tahunan. Semua tugas besar akan menjadi lebih mudah kalau dipecah-pecah menjadi bahagian yang lebih kecil. Hal itulah yang kita lakukan ketika kita membahagi-bahagi sasaran jangka panjang kita menjadi sasaran jangka pendek. Dengan menyelesaikan sasaran kecil, kita sebenarnya melangkah pada sesuatu yang lebih besar.
Oliver Wendell Holmes berkata: "Hal terbesar dalam dunia ini tidaklah terdapat pada tempat kita berada, melainkan pada tempat yang kita tuju."
*Sumber : 366 Esei untuk Motivasi Diri-Sidney Newton Bremer, Ph.D