Alhamdulillah...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Buku Daftar Pelawat

Thursday, October 30, 2008

Antara Bakat dan Kemahiran

Bakat dan kemahiran tidak boleh dipisahkan. Sebagai contoh, jika seseorang mempunyai bakat dalam bidang sukan, sudah pasti seseorang itu akan mudah mahir dalam bidang sukan yang mereka ceburi. Tetapi dengan syarat sentiasa mengasah bakat yang dikurniakan Allah swt.
Maksud bakat mengikut Kamus Dewan 1. kebolehan semula jadi: ia memang mempunyai ~ seniman; ~ terpendam bakat atau kebolehan (dlm bidang seni, penulisan dll) yg belum diketahui atau diperlihatkan kpd orang umum; 2. orang yg mempunyai kebolehan semula jadi: baik pengarang lama mahupun ~-~ baru tidak pernah menulis tentang konfrontasi; 3. bekas, tanda-tanda, kesan (bekas luka dll): luka itu meninggalkan ~; 4. alamat, tanda bakal terjadi sesuatu: awan hitam di langit ~ hujan; berbakat 1. mempunyai kebolehan semula jadi: murid yg ~; 2. berbekas: kepalanya ~ kerana ia memakai songkok; membakat 1. meninggalkan bakat (bekas, tanda): buih air laut yg~ di pantai; 2. mengalamatkan, menandakan: merah di Timur ~ terbitnya matahari.
Bakat mengikut takrifan Kamus Pelajar pula bermaksud kebolehan ataupun kecekapan yang menjadi pembawaan sejak lahir.
Manakala takrifan kemahiran menurut Kamus Dewan bermaksud kecekapan, kepandaian. Peribahasa ada mengatakan bahawa kemahiran itu sebaik-baik guru yang membawa maksud sesuatu pekerjaan akan menjadi sempurna apabila dikerjakan oleh orang yang ahli.
Senario perkaitan bakat dan kemahiran boleh diperjelaskan dengan kisah berikut.
Richard Tong sebelum menjadi seorang penggulung belon profesional tempatan sebenarnya gemar menghiburkan rakan sekolah melalui lawak jenaka dan bahan-bahan seni kreatif. Detik-detik cukup bermakna yang penuh dengan keseronokan itulah akhirnya menarik lelaki ini menjejaki profesion menggulung belon ini.
Keghairahan terhadap hobi menggulung belon sentiasa membakar dalam sanubari Richard sehingga beliau sanggup menyimpan duit saku yang diberi oleh ayahnya untuk membeli pelbagai jenis belon. Namun, kegagalan menemui sumber tepat untuk mempelajari kemahiran melilit belon membuatkan hobi tinggal sekadar hobi sahaja.
Tetapi lelaki yang berasal dari bandar Klang ini tanpa berputus asa mencari buku-buku berkaitan teknik dan rahsia menggulung belon yang diimport dari Amerika Syarikat (AS), Jepun, United Kingdom (UK), Korea dan China untuk mengasah ilmu tentang bidang itu.
Daripada bingkisan kisah tersebut dapatlah dirumuskan bahawa bakat seseorang dalam sesuatu bidang dapat dikesan sejak kecil lagi dan untuk memahirkan bakat yang ada maka perlulah diasah bakat tersebut. Dalam hal ini, ibu bapalah yang memainkan peranan penting. Selain mengesan bakat, dorongan dan sokongan dari segi masa dan wang ringgit perlu diberikan terhadap anak-anak supaya bakat yang mereka ada boleh digunakan untuk membina kejayaan di masa depan mereka.
Sebenarnya banyak contoh yang boleh diambil dari kisah-kisah kejayaan seseorang yang menggunakan bakat dan kemahiran dalam bidang masing-masing seperti Datuk Nicol Ann David, Datuk Lee Chong Wei dan David Bekham.

Wednesday, October 29, 2008

Hati Penting bagi Manusia

Hati berasal daripada perkataan Greek iaitu hepar. Hati berwarna perang kemerahan dan terletak di bawah diafragma di dalam rongga abdomen. Hati 'makan' melalui makanan yang terlarut dalam darah.

Hati merupakan organ homeostasis yang memainkan peranan penting dalam proses metabolisme manusia dan haiwan. Fungsi hati menyimpan glikogen, mensintesiskan protein plasma, menyahtoksikkan dadah, tempat penghasilan sel darah merah fetus, menyimpan vitamin dan garam mineral tertentu. Selain itu, hati menghasilkan hempedu yang penting bagi tujuan penghadaman.
Hati manusia biasa mempunyai berat antara 1.3 hingga 3.0 kilogram dan merupakan organ kedua terbesar manusia selepas kulit serta kelenjar terbesar dalam tubuh. Rujukan lanjut tentang hati DI SINI..
Begitulah pentingnya hati kepada manusia bahkan terdapat banyak peringatan di dalam Al-Quran berkaitan pentingnya menjaga hati.
Apakah mereka tidak ingin menghadap Tuhannya dengan hati yang sihat (bersih) sehingga mereka boleh meraih Syurga? Allah Ta’ala berfirman di dalam Al-Qur’an Al-Karim, Surah As-Syu’ara, ayat 88-89: “(iaitu) di hari harta dan anak-anak tidak berguna, kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih.”
Sungguh tidak ada yang selamat pada Hari Kiamat kecuali mereka yang menghadap Tuhannya dengan hati yang bersih. Jika kehidupan seseorang yang terbebas dari segala penyakit fizikal menghantarkannya untuk menikmati hidup yang aman dari segala penyakit, maka sesungguhnya kesihatan hati akan menghantarkan seseorang menuju kehidupan yang bahagia di dunia dan kebahagiaan tak terbatas di Akhirat.
Ibnu al-Mubarak Rahimahullah berkata; Aku melihat dosa-dosa mematikan hati, Kadang kebiasaan melakukan dosa mengakibatkan kehinaan. Meninggalkan dosa adalah kehidupan hati. Itu lebih baik untuk dirimu dengan meninggalkannya. Rasulullah SAW bersabda;
“Bukankah di dalam hati ada segumpal daging. Jika ia baik maka baiklah seluruh tubuh tersebut. Akan tetapi jika ia rosak maka rosaklah seluruh tubuh tersebut. Ketahuilah ia adalah qalbu (hati).” [Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim]
Saudaraku… Hendaklah engkau selalu merawat hatimu agar selalu sihat terhindar dari segala dosa, selalu mencintai makanan-makanan bergizi berupa ketaatan, selalu membenci segala macam makanan yang terkontaminasi oleh kemaksiatan. Seandainya hatimu terkena imbas dari penyakit ini maka bersegeralah untuk mengubatinya dengan taubat dan penyesalan.
Allah Ta’ala berada di sebalik setiap kehendak, dan semoga Allah Ta’ala melimpahkan selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW beserta keluarga dan para sahabatnya. Amiin. Wallahu a’la wa a’lam.

Tuesday, October 28, 2008

Lagu Menaikkan Semangat

Kadang-kadang lagu juga boleh memainkan peranan dalam menaikkan semangat seseorang untuk melakukan sesuatu perkara. Lagu "Fikirkan Boleh" seingat aku sering berkumandang sebelum dan selepas Malaysia menjadi juara Piala Thomas 1992. Malahan lagu tersebut boleh dikategorikan lagu mekar sepanjang zaman, lebih-lebih lagi untuk program motivasi kejiwaan.

Lirik lagu Fikirkan Boleh-Metropolitan

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan!

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh!

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh!
nak dengar lagu "Fikirkan Boleh' KLIK DI SINI
Selain lagu 'Fikirkan Boleh', banyak lagi lagu yang berbentuk motivasi yang boleh memberi semangat jiwa seperti 'Gemuruh' nyanyian Faizal Tahir, I Believe I Can Fly (R.Kelly), Faith of The Heart (Russell Watson - Start Trek Enterprise soundtrack) dan Selamat Berjuang nyanyian kumpulan nasyid Brothers. Sebenarnya banyak cara untuk seseorang itu membangkitkan semangat dalam diri. Ada yang mendengar lagu , ada yang membaca buku motivasi dan jangan terkejut kalau ada orang yang suka dikritik dan dicaci. Bagi mereka, cacian dan kritikan tersebutlah yang membuatkan mereka bersemangat untuk meneruskan kehidupan. Emm entahlah, lain padang lainla belalang kan. Fikir-fikir dan renung-renungkanlah sendiri.

Ciri - Ciri Pemimpin Berwatak Rasul

Bukan mudah untuk menjadi pemimpin. Sedikit sangat jumlah di kalangan manusia yang memiliki ciri-ciri serta syarat-syarat kelayakan sebagai pemimpin.
Dalam ajaran Islam, pemimpin itu adalah orang yang sangat berwibawa dan berupaya membawa manusia kepada Tuhan, punya ilmu untuk menunjuk ajar manusia dengan syariat Tuhan, mampu mendidik hati manusia ke arah iman dan taqwa, mampu menjinakkan nafsu manusia sebagaimana dia menundukkan nafsu dirinya sendiri. Sifat-sifat kekhalifahannya sangat menonjol dan sekaligus sifat-sifat kehambaannya juga seiring, yakni sangat menonjol. Dialah yang berperanan menghubungkan hati manusia kepada Tuhan.
Di dunia hari ini orang yang bergelar Presiden, Perdana Menteri, Sultan, Raja, Amir, Yang Dipertua, Pengerusi atau apa saja panggilan, yang kedudukan mereka di atas, atau status sosial mereka yang paling tinggi, sebenarnya bukan pemimpin. Mereka tidak lebih dari pentadbir atau pengurus. Mereka tidak pernah memimpin manusia. Mereka hanyalah orang yang mentadbir dan menguruskan benda, pembangunan,kemajuan, makan minum, pelajaran, kesihatan, ekonomi,pertanian, kewangan dan lain-lainnya.
Mereka bukan sahaja tidak membawa hati manusia kepada Tuhan, bahkan kadang-kadang menjadi penghalang kepada manusia lain yang mahu kepada Tuhan. Mereka bukan sahaja tidak mengatur kehidupan manusia dengan syariat, bahkan melalui kuasa yang ada mereka menjadi penganjur maksiat dan kemungkaran.
Inilah di antara salah faham manusia tentang kepimpinan.Sebab itu tidak hairan, dimana-mana saja berlaku perebutan untuk menjadi pemimpin. Ada yang sanggup hingga ke peringkat mengorbankan nyawa pengikut demi mencapai cita-cita kepimpinannya. Adakalanya tercetus permusuhan, jatuh menjatuh, tindas menindas bahkan peperangan hingga puluhan tahun kerana perebutan untuk menjadi pemimpin.
Sedangkan masing-masing hanyalah menegak dan memperjuangkan kepalsuan. Siapapun yang berjaya, tetap tidak mengubah apa-apa erti kepimpinan itu selain mentadbir dan mengurus hal yang sama yang tiada sangkut paut dengan hati manusia.
Seluruh alam semesta ini adalah milik Tuhan. Manusia diberi amanah untuk menjadikan seluruh alam semesta ini sebagai alat untuk mentaati Tuhan. Semua keperluan yang Tuhan sediakan, tidak lain kecuali untuk manusia melihat kebesaran dan kekuasaan Tuhan, sekaligus merasakan betapa kerdilnya diri, lantas tunduk dan patuh kepada Tuhan.
Namun, nafsu sering menyelewengkan maksud dan tujuan Tuhan tersebut. Nafsu sentiasa saja menjadikan manusia hanya tertumpu kepada seluruh makhluk ciptaan Tuhan tetapi melupai Tuhan yang menciptanya.
Lantaran itulah Tuhan utus para rasul, yang tujuan utamanya ialah untuk mengembalikan tujuan asal penciptaan manusia iaitu mengabdikan diri kepada Tuhan. Bahkan Tuhan jadikan fitrah semulajadi manusia itu mengenali Tuhan. Fitrah itulah yang dibongkar oleh para rasul. Selepas ketiadaan para rasul, tugas membawa manusia kepada Tuhan dilakukan oleh para ulama dan para pejuang Islam khususnya mereka yang berwatak rasul. Sebab mana mungkin seseorang itu membuat kerja-kerja rasul, kalau dia tidak mewarisi watak-watak rasul. Jadi, kejayaan mereka sangat bergantung kepada sejauh mana mereka mewarisi sifat-sifat, ciri-ciri, akhlak dan keperibadian para rasul.
Ertinya mereka yang berjaya hanyalah dari kalangan mereka yang menjadi salinan atau photocopy kepada keperibadian Rasulullah SAW. Tentulah tidak akan mencapai 100% kesempurnaan peribadi Rasulullah SAW. Sifatnya sebagai salinan tentulah apa yang dimiliki lebih nipis atau lebih rendah peratusnya, tetapi apa saja yang dimiliki oleh Rasulullah SAW, itu jugalah yang dimilikinya. Ini bererti bahawa dirinya adalah bayangan Rasulullah SAW.
Pada diri Rasulullah SAW ada tanda-tanda atau sifat-sifat ketuhanan (ayatullah) yang paling tebal dan sempurna.Melihat peribadi dan akhlaknya, fitrah rasa bertuhan yang ada pada manusia amat mudah terbongkar sehingga dengan itu manusia dapat merasa bertuhan.
Contohnya dengan melihat pengasihnya Rasulullah SAW, manusia akan dapat merasa betapa Pengasihnya Tuhan.Demikian juga sabarnya, pemurahnya, kasih sayangnya dan lain-lain, menjadikan manusia jatuh cinta kepada Tuhan yang mempunyai sifat-sifat yang Maha Agung lagi Maha Sempurna itu.
Maka begitu juga Tuhan jadikan kepada pemimpin bayangan Rasulullah SAW di sepanjang zaman. Sehingga dengan itu tidak putuslah manusia ini dari adanya orang yang dapat membawa manusia kepada Tuhan. Manusia terasa indah serta dengan cepat terbongkar rasa bertuhan di hati mereka apabila bertemu dan berdamping dengan pemimpin yang punya akhlak bayangan Rasulullah SAW. Perincian akhlak tersebut adalah seperti berikut.
1. Lemah-lembut
Allah SWT turut memberi peringatan kepada Rasulullah SAW tentang betapa manusia akan lari atau menjauhkan diri sekiranya bersikap keras dan kasar.Kebanyakan manusia yang memang telah sedia liar akan bertambah liar sekiranya para pemimpin menampilkan sikap yang menakutkan mereka. Mereka memanglah dari golongan yang tidak mengenal kebenaran.
Sekiranya pembawa dan penjaga kebenaran bersikap bengis, baran, ganas dan kasar, bagaimanakah mereka dapat menerima kebenaran itu? Adakalanya mereka bukan menolak kebenaran, tetapi menolak para pembawa kebenaran. Apabila pembawa kebenaran ditolak, secara automatic kebenaran tidak dapat disampaikan.Sebelum kebenaran dapat disampaikan, adalah lebih berkesan sekiranya manusia dapat menerima pembawa kebenaran itu dulu.
2. Kasih sayang dan pemurah
Kasih sayang adalah sifat utama milik Tuhan yang Tuhan sendiri mahu hamba-Nya mengenal-Nya dengan sifat tersebut.Sebab itu dalam apa saja pekerjaan atau amal yang kita buat, Tuhan mahu dimulai dengan menyebut nama-Nya yang pemurah dan pengasih.
Pemimpin kasih sayang adalah lambang perpaduan.Manusia dapat bernaung di bawah pimpinannya. Manusia rasa terbela dan terdidik. Melalui kasih sayang, hati yang keras menjadi lembut dan cair untuk menerima kebenaran. Hati yang liar dari Tuhan akan menjadi jinak.
Ramai manusia yang kehidupannya rosak dan punah berpunca dari ketiadaan kasih sayang. Sebaliknya pula boleh berubah secara mendadak apabila diberikan kasih sayang. Hati yang gersang itu seolah-olah disirami air sehingga benihbenih iman subur semula. Tanpa perlu bersyarah panjang meleret atau tanpa perlu bercakap banyak, melalui kasih sayang, hati manusia merasa bertuhan. Hati manusia akan mudah merasakan. Sedangkan pemimpin kasih sayang sudah terasa keindahan mendampinginya, betapalah Tuhan yang bersifat Pengasih yang menjadikan pemimpin kasih sayang tersebut.
3. Tidak emosi
Seorang pemimpin yang emosional dalam erti kata sangat mudah memperlihatkan perubahan sikap dan wataknya mengikut situasi, sama ada yang menggembirakan atau menyusahkan, sama ada yang seronok atau yang dibenci, sama ada yang disenangi mahupun yang dia meluat.Seringkali emosinya itu tidak dapat dibendung atau dikawal.
Kalau berlaku sesuatu yang disukai, menyeronokkan,yang disenangi dan menggembirakan, diperlihatkan atau diluah atau ditonjolkan keseronokannya secara kelebihan.Begitulah juga sebaliknya terhadap sesuatu yang dibenci, yang tidak disenangi, yang tidak sesuai dengan seleranya, yang dia rasa tidak selesa atau yang dia meluat. Ditunjukkan kebenciannya itu tanpa berselindung.
Bagi seorang pemimpin, keterlaluan dalam menonjolkan emosi akan menjatuhkan maruah dan wibawanya, lebih-lebih lagi kalau emosi itu terhadap apa atau siapa yang dibencinya. Pemimpin sejati pembawa kebenaran bayangan Rasulullah SAW itu tidak emosi terutamanya apabila dikritik.
Kritikan adalah sesuatu yang amat tidak disenangi oleh para pemimpin. Emosinya sangat tergugat, tersentuh dan tercabar apabiladikritik. Mudah saja melenting, melatah, marah-marah, mempertahankan dirinya dan sekaligus akan menyerang kembali saingannya, pengkritik atau musuhnya.
Adakalanya dia kembali menyerang dengan membuta tuli tanpa usul periksa, tanpa menimbang dan menilai kebenaran sesuatu kritikan. Malah sampai diiringi pula dengan tindak balas menghukum pengkritik. Alangkah tidak bermaruah apabila didapati bahawa pengkritik itu di pihak yang benar.Tentulah amat sukar untuk menebus kembali kesilapannya itu. Lantas kadang-kadang terpaksa bertindak lebih ganas untuk menutup segala kesilapannya. Ini akan mendatangkan akibat lebih buruk lagi dimana boleh menghakis kepercayaan lebih ramai manusia terhadapnya.
Seorang pemimpin kebenaran yang tidak emosi akan sentiasa membiarkan kritikan itu berlalu begitu saja. Sama ada dirinya di pihak yang benar atau sebaliknya, emosinya tetap terkawal. Ketenangan itu seringkali membuahkan kesan positif, terutamanya apabila terbukti bahawa dirinya di pihak yang benar. Kalaupun pengkritik tidak menyerah kalah, namun ketenangan itu akan dapat menutup mulutnya atau menjadikan pengkritik itu malu sendiri.
Andainya ada juga benarnya di pihak pengkritik, dengan cara tidak emosi itu dia mengambil langka mengkoreksi dirinya. Dengan cara itu bertambah lagi tinggi maruah dirinya yang akan menambah kepercayaan manusia kepadanya.Adakalanya terdapat juga kritik yang dilemparkan itu merupakan umpan para musuh. Apabila tidak dapat membendung emosi maka musuh cepat dapat mengenal kelemahan pemimpin tersebut.
Dalam taktik provokasi ini, biasanya Pemimpin sejati pembawa kebenaran bayangan Rasulullah SAW itu tidak emosi terutamanya apabila dikritik. Kritikan adalah sesuatu yang amat tidak disenangi oleh para pemimpin.Emosinya sangat tergugat, tersentuh dan tercabar apabila dikritik. Mudah saja melenting, melatah, marah-marah,mempertahankan dirinya dan sekaligus akan menyerang kembali saingannya, pengkritik atau musuhnya.Adakalanya dia kembali menyerang dengan membuta tuli tanpa usul periksa, tanpa menimbang dan menilai kebenaran sesuatu kritikan. Malah sampai diiringi pula dengan tindak balas menghukum pengkritik.
Alangkah tidak bermaruah apabila didapati bahawa pengkritik itu di pihak yang benar.Tentulah amat sukar untuk menebus kembali kesilapannya itu. Lantas kadang-kadang terpaksa bertindak lebih ganas untuk menutup segala kesilapannya. Ini akan mendatangkan akibat lebih buruk lagi dimana boleh menghakis kepercayaan lebih ramai manusia terhadapnya.
Seorang pemimpin kebenaran yang tidak emosi akan sentiasa membiarkan kritikan itu berlalu begitu saja. Sama ada dirinya di pihak yang benar atau sebaliknya, emosinya tetap terkawal. Ketenangan itu seringkali membuahkan kesan positif, terutamanya apabila terbukti bahawa dirinya di pihak yang benar. Kalaupun pengkritik tidak menyerah kalah, namun ketenangan itu akan dapat menutup mulutnya atau menjadikan pengkritik itu malu sendiri.
Andainya ada juga benarnya di pihak pengkritik, dengan cara tidak emosi itu dia mengambil langka mengkoreksi dirinya. Dengan cara itu bertambah lagi tinggi maruah dirinya yang akan menambah kepercayaan manusia kepadanya. Adakalanya terdapat juga kritik yang dilemparkan itu merupakan umpan para musuh. Apabila tidak dapat membendung emosi maka musuh cepat dapat mengenal kelemahan pemimpin tersebut. Dalam taktik provokasi ini, biasanya musuh sudah menyediakan berbagai perangkap lain. Ramai pemimpin gagal dalam berhadapan dengan kerenah manusia karena menghadapi mereka dengan penuh emosi.
4. Mendoakan penentang
Kebenaran (hak) itu datangnya dari Tuhan. Pemimpin khususnya para rasul wajib menyampaikan kebenaran itu kepada seluruh manusia. Bahkan sifat wajib bagi rasul itu salah satu daripadanya ialah menyampaikan (tabligh). Mereka tidak boleh menyembunyikan kebenaran walaupun satu huruf.
Demikianlah juga cita-cita dan keazaman yang dimiliki oleh pemimpin kebenaran di sepanjang zaman. Pemimpin pilihan Tuhan, yang mereka itu dipimpin oleh Tuhan, hati mereka dicanai sama seperti hati para rasul. Mereka merasa berdosa andainya tidak menyampaikan kebenaran. Halangan serta risiko tidak dihiraukannya. Bahkan mereka menganggap halangan dan risiko itu sebagai sunnatullah. Bagi pemimpin kebenaran, apa yang lebih dititikberatkan ialah bagaimana kebenaran itu mesti disampaikan dan disebarluaskan.
Apabila datang penentangan terhadap yang hak itu, maka bagi pemimpin kebenaran sikap mereka tetap tidak berubah, melainkan terus mencari jalan bagaimana kebenaran itu boleh sampai dan diterima oleh para penentang.
Pemimpin kebenaran tetap berpegang kepada prinsip bahawa manusia memusuhi apa yang dia tidak tahu. Oleh itu mereka mahu musuhnya menjadi tahu dan faham sehingga menerima kebenaran.
Menundukkan musuh bukan untuk dirinya tetapi untuk Tuhan. Tunduk kepada kebenaran ertinya tunduk kepada Tuhan. Pemimpin kebenaran yang bersifat penyelamat ini hanya mahu manusia seluruhnya selamat di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat. Tidak selamat di Akhirat amat dahsyat akibatnya iaitu Neraka. Neraka bukan pekara mainan kerana panasnya bukan macam api lilin.
Sekiranya sudah tidak ada lagi jalan lahiriah untuk penentangnya menerima kebenaran, maka didoakannya pula. Doanya untuk penentang ialah agar dia menerima kebenaran dan semoga Tuhan ampunkan segala kesilapan dan dosa-dosa mereka sepanjang tempoh menjadi penentang itu. Begitulah mulianya hati dan begitulah besarnya jiwa yang Tuhan anugerahkan kepada pemimpin kebenaran. Inilah hati para rasul.
5. Kata-katanya penuh hikmah
Rasulullah SAW dianugerahkan oleh Tuhan keistimewaan atau kelebihan yang mana kata-katanya tepat, ayatnya ringkas dan padat, tetapi mempunyai maksud yang jelas dan mudah difahami. Inilah yang dimaksudkan dengan hikmah dalam berkata-kata. Begitulah juga yang Tuhan kurniakan kepada pemimpin kebenaran. Percakapan atau kata-kata yang datang dari hati ini yang merupakan ilham dari Tuhan, mengandung didikan dan pengajaran yang sangat tinggi. Bahasa dan susunan kata-katanya amat bermakna, mudah pula difahami dan bersifat mendidik manusia. Sehingga dengan itu cepat pula manusia mengenal dan menerima kebenaran. Lebih-lebih lagi apabila kata-kata itu datangnya dari hati. Maka dengan mudah pula Tuhan jatuhkan di hati manusia. Kata-kata yang datang dari hati itu turut disertai oleh rohnya yang terus bekerja memproses hati manusia.
Inilah di antara rahsia kejayaan para rasul dalam menyampaikan kebenaran, dan begitu jugalah yang Tuhan kurniakan kepada pemimpin kebenaran yang lain kerana Tuhan mahu kebenaran itu mudah diterima oleh manusia.
6. Mengingatkan kepada Tuhan dan menyedarkan kepada mati
Dalam ajaran Islam, perkara yang terpokok ialah yangterkandung dalam Rukun Iman. Manakala dari keseluruhan Rukun Iman itu, keimanan kepada Tuhanlah yang mengatasi segala-galanya. Maka dalam memperjuangkan Tuhan ini,Rasulullah SAW sendiri mengambil masa selama tiga belas tahun di Mekah. Manakala beliau mengambil masa hanya sepuluh tahun memperjuangkan syariat yang amat banyak itu di Madinah. Ini membawa maksud bahawa Tuhan mesti diperjuangkan terlebih dahulu. Apabila manusia merasai bertuhan, syariat Tuhan amat mudah diterima.
Pemimpin kebenaran, yang mana kebenaran itu tetap sama, tetap tidak berubah sepanjang zaman, maka itulah juga yang dilakukan iaitu mereka sangat mengajak manusia kepada Tuhan . Sangat mengajak manusia kepada mendapatkan rasa kehambaan dan rasa bertuhan. Sangat mengajak manusia merasai keagungan dan kebesaran Tuhan. Mengingatkan manusia mengenai Tuhan adalah segala-galanya. Manusia perlu membawa Tuhan dalam segala urusan. Tuhanlah yang paling utama yang mesti diberi perhatian dibandingkan dengan urusan lain.
Pemimpin kebenaran juga sangat mementingkan kehidupan Akhirat. Dunia ini sementara saja dan semata-mata alat menuju Tuhan. Dunia adalah alat untuk mencapai maksud iaitu menuju Tuhan dan mendapat ganjaran Akhirat. Apa saja yang dilakukan semuanya membawa maksud yang sedemikian itu.
Bukan mudah untuk membawa hati manusia merasa takut kepada Tuhan dan sekaligus memandang besar akan kehidupan Akhirat. Dua perkara inilah yang sangat diberi penekanan oleh pemimpin kebenaran. Mereka tahu, manusia menjadi jahat kerana nafsu. Nafsu pula sifatnya tidak takut kepada apa dan siapa pun kecuali Tuhan. Apabila hati manusia tidak takut kepada Tuhan dan tidak mengutamakan Akhirat, maka nafsu bermaharajalela. Kejahatan di dunia hari ini adalah kerana manusia mengikut nafsu, lantaran hati tidak takutkepada Tuhan, kerana tiada lagi orang yang mengingatkan atau menyeru manusia kepada Tuhan.
Untuk mengembalikan kedamaian dan keselamatan di dunia maka pemimpin kebenaran sangat-sangat mengingatkan manusia terhadap Tuhan dan tempat kembali tanpa penghujung iaitu Akhirat.
7. Tutur kata dan bahasanya sangat dijaga
Kebaikan yang keluar melalui lidah memang banyak. Kejahatan lidah juga amat banyak. Sehingga Rasulullah SAW kaitkan dengan iman seperti keterangan Hadis yang bermaksud: Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaklah berkata yang baik atau diam.
Kebanyakan jenis kejahatan dari lidah itu pula adalah dalam bentuk yang membabitkan orang atau pihak lain.
Dosa sesama manusia ini bukan terhenti setakat sukarnya diterima taubat dan sukar mendapat pengampunan Tuhan, tetapi ianya juga sangat menjejaskan hubungan sesama manusia. Lidahlah yang menjadi penyebab kepada hilangnya kasih sayang, terjadinya krisis dan perpecahan, menjadi punca pecah hati dan permusuhan. Perkataan yang dihamburkan tanpa batasan, tanpa kawalan, tanpa tapisan, boleh meretakkan hati.
Apabila hati sudah terguris, kebenaran yang hendak disogok dirasakan hambar oleh para pendengar atau penerima.Disitulah kelebihan dan kejayaan seorang pemimpin kebenaran. Tuturkatanya bersukat, bahasanya terpilih dan sangat dijaga. Jauh sekali dari umpat keji, maki hamun, sumpah seranah,kata nista, memfitnah, menghasut, mengutuk, mengadu domba, berbohong, memperleceh dan menghina orang.
8. Tenang menerima ujian
Pemimpin kebenaran pilihan Tuhan sudah pastilah dirinya seorang arifbillah. Sangat mengenal Tuhan dan sangat memahami dan merasai kerja Tuhan. Setiap benda, setiap kejadian, setiap peristiwa, seorang yang arifbillah terus mengaitkannya dengan Tuhan dan kerja Tuhan, menjadikannya amat sabar dan tenang dalam menghadapinya.
Selain dia dapat melihat dan merasakan bahawa itu adalah kehendak Tuhan yang para hamba tiada kuasa menolaknya, dia juga dapat melihat hikmah di sebalik berlakunya ujian tersebut, yang di antaranya ialah untuk menghapus dosa,meningkatkan darjat, menambah rasa kehambaan, mendekatkan diri dengan Tuhan, menajamkan dan menghidupkan akal dengan berfikir mencari jalan mengatasinya dan untuk menguatkan atau mengebalkan jiwa yang sentiasa terdedah kepada cabaran.
bacaan lanjut mengenai ciri-ciri pemimpin berwatak Rasul KLIK DI SINI

Monday, October 27, 2008

Demi Masa

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran. (Surah Al-Asr. Ayat 1-3)

Time is Gold. Masa itu Emas. Maksud yang sama dari bahasa yang berbeza. Bila aku tengok jam, kadang-kadang terasa terlalu banyak masa aku lakukan untuk perkara yg lagha (tidak berfaedah). Entah ape-ape je aku buat kadang-kadang. Masa tengah free, buat keje pun malas-malas. Bila tak cukup masa baru nak pulun. Alah beb, aku rasa korang pun ada gak perangai cam aku ni kan?. Seronok tengok perbincangan Dr Fatma dengan artis Rosyam Nor tentang kepentingan masa di segmen Ar Rayyan Astro Oasis. Alhamdulillah, biarpun kehidupan artis dipandang serong oleh kebanyakan orang namun saudara Rosyam Nor masih boleh dijadikan contoh terutamanya kepada anak-anak muda yang bercita-cita nak menjadi artis. Menurut Rosyam, biarpun sibuk macam mana pun, beliau tetap memperuntukkan masa untuk isteri dan anak-anak. Walaupun masa untuk bersama keluarga cuma sejam dua tapi masa tersebut berkualiti. Bila bercerita tentang masa, maka teringat kat lagu nasyid yang dinyanyikan oleh kumpulan Raihan. Lagu tersebut penuh dengan peringatan dan sesuai didengar sepanjang kita menjalani kehidupan seharian.

Lirik Lagu Nasyid Demi Masa

Demi masa…

Sesungguhnya manusia kerugian

Melainkan…Yang beriman dan yang beramal soleh

Aaa…Aaa...Aaa

Demi masa…Sesungguhnya manusia kerugian

Melainkan…Nasihat kepada kebenaran dan kesabaran

Aaa…Aaa...Aaa

( korus 1 )

Gunakan kesempatan yang masih diberi

Moga kita takkan menyesal

Masa usia kita jangan disiakan

Kerna ia takkan kembali

( korus 2 )

Ingat lima perkara, sebelum lima perkara

Sihat sebelum sakit

Muda sebelum tua, kaya sebelum miskin

Lapang sebelum sempit

Hidup sebelum mati

Demi masa…

Sesungguhnya manusia kerugian

Melainkan…Yang beriman dan yang beramal soleh

Aaa…Aaa...Aaa

untuk mendengar lagu Demi Masa nyanyian kumpulan Raihan KLIK DI SINI.

Sunday, October 26, 2008

Baru Kutahu...Limbang

Jika bakal-bakal guru yang baru menamatkan pengajian mendengar nama Limbang, pastinya berdoa untuk tidak ditempatkan di daerah tersebut. Pada mereka Limbang merupakan suatu daerah yang nun jauh di pedalaman Sarawak. Jika ditempatkan mengajar di Limbang maknanya hubungan sosial di antara rakan-rakan secara automatik tergendala. Itu anggapan mereka yang hanya mendengar cakap-cakap orang. Pada aku, bahagian Limbang cukup unik dan mempunyai potensi untuk maju seperti bahagian-bahagian lain di Sarawak. Pelancong tempatan yang ingin melawat Limbang perlu membuat pasport antarabangsa ataupun pasport perjalanan berkumpulan. Bunyinya pelik, tapi itulah uniknya Limbang. Untuk sampai ke sana, pelancong ataupun rakyat Sarawak mesti melalui negara Brunei Darul Salam jika menggunakan pengangkutan darat.

Jika sampai di pekan Limbang, kemudahan penginapan tidak menjadi masalah. Terdapat banyak hotel dan rumah tumpangan yang boleh dipilih untuk bermalam. Hotel Purnama sebagai contoh merupakan hotel yang sering menjadi pilihan pelancong tempatan dan luar negara.

Purnama Hotel ( pemandangan dari Sungai Limbang )

Pemandangan pekan Limbang dan sungai Limbang dari Hotel Purnama

Saturday, October 25, 2008

Pesta Bola Merdeka 2008 Final

Akhirnya....Vietnam muncul juara buat kali pertama Pesta Bola Merdeka edisi ke 40 apabila menewaskan tuan rumah Malaysia dengan sepakan penalti 6-5 setelah tamat perlawanan sebenar 0-0. Itulah bolasepak sebenarnya.... walaupun Malaysia mara bergaya ke perlawanan akhir dengan jaringan besar tanpa bolos tetapi gagal mengulangi kecemerlangan semasa berdepan Vietnam yang menurunkan pasukan pelapis.
Dalam bolasepak, bagaimana kita bermain, bagaimana strategi dirancang tidak begitu penting dan yang lebih penting adalah kemenangan. Pasukan yang menjaringkan gol adalah dikira pemenang. Hakikat yang terpaksa kita telan walaupun pemain kita harus diberi pujian dan satu pengajaran bermakna bagi kita adalah 'perang psikologi' mampu mengatasi segala-galanya.
Pasukan Vietnam berjaya menguasai emosi pemain kita, ternyata pasukan Malaysia lebih banyak tertekan hinggalah semasa sepakan penalti. Kegagalan mempertahankan kejuaraan seharusnya memberi pengajaran kepada pemain-pemain Malaysia untuk memperbaiki corak permainan dan menyusun kembali strategi mereka di Piala AFF Suzuki 2008 nanti.

Pasukan Vietnam bijak menyerap tekanan pada perlawanan akhir malam tadi. Walaupun pasukan Malaysia melancarkan serangan demi serangan namun dihampakan oleh penjaga gol Vietnam yang beraksi cemerlang. Pasukan Malaysia kelihatan buntu mencipta jaringan sehingga ke masa tambahan. Biarpun pada permulaan perlawanan,Indra Putra berjaya menjaringkan gol namun jaringan tersebut dibatalkan kerana off-side. Keadaan serba tidak menjadi pasukan Malaysia seakan-akan menandakan tekanan yang kuat dihadapi oleh para pemain. Selain gelagat pemain Vietnam yang kelihatan sengaja melambatkan-lambatkan permainan, aksi berbahaya Vietnam juga menyebabkan pemain Malaysia terikut-ikut dengan tempo permainan tersebut. Hasilnya lapan kad kuning yang dilayangkan oleh pengadil dalam perlawanan malam tadi. Sepakan penalti terakhir yang diambil oleh Norhafiz Zamani Misbah merupakan situasi yang cukup mendebarkan kepada penyokong Malaysia. Walaupun beliau pemain senior yang berpengalaman, namun tendangan beliau berjaya ditampan oleh penjaga gol Vietnam sekaligus memberikan kemenangan yang cukup bermakna kepada Vietnam di hadapan lebih kurang seribu orang penyokong mereka di Stadium Nasional Bukit Jalil. Selain membawa pulang piala dan wang USD 10 ribu , pasukan Vietnam juga pastinya lebih yakin dan bersemangat untuk berdepan dengan Malaysia lagi di perlawanan-perlawanan akan datang. Tahniah untuk Vietnam...dan kepada pasukan Malaysia, masih ada peluang untuk bangkit menjadi sebuah pasukan yang digeruni di Asia setaraf dengan Jepun dan Korea jika pengalaman dijadikan teladan.