Alhamdulillah...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Buku Daftar Pelawat

Wednesday, September 17, 2008

Kemenangan Badar yang ditunggu-tunggu

Hari ini 17 Ramadhan adalah hari Peperangan Badar, hari dimana Rasulullah saw mengetuai 313 orang sahabat untuk bertempur dengan lebih 1,000 orang musyrikin Mekah untuk mempertahankan aqidah Islam dan survival ummah. Badar berakhir dengan kemenangan buat Islam, Badar menyaksikan betapa saf Islam yang dipimpin Rasulullah dengan dinaungi pertolongan Allah swt telah mencapai kemenangan besar sehingga menundukkan musuh-musuh Allah, dan menyuburkan bumi Islam untuk berkembang luas.
Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang merakamkan di dalam kitabnya “Fiqh al Harakah dari Sirah Nabawiyyah”:
Peperangan Badar telah mempamirkan secara praktikal keteguhan iman para sahabat, satu tanzim yang sangat baik dan jihad yang penuh pengorbanan. Dan menurut Tuan Guru lagi antara pengajaran yang boleh dipetik dari peristiwa Peperangan Badar ini adalah bahawa:
Para Mujahid Islam berperang dengan penuh keimanan dan bersedia mengorbankan apa sahaja. Semua tugas dilaksanakan dengan hati yang ikhlas dan berlumba-lumba mengerjakan amal salih tanpa terasa dipaksa. Alangkah bertuahnya kita dalam gerakan Islam hari ini kiranya semangat dan pengorbanan Badar itu bersarang dalam hati kita masing-masing. Di zaman yang penuh mehnah dan pancaroba ini sudah pastilah kemenangan Badar sangat kita tunggu-tunggu dan nanti-nantikan. Badar membuktikan ketaatan para sahabat kepada Rasulullah selaku pemimpin dan kecintaan serta keimanan menebal terhadap Allah swt.
Di dalam kitabnya itu Tuan Guru merakamkan:
Seorang sahabat yang bernama Auf bin Harith bin al Ghafra berkata (kepada Rasulullah saw): “Apakah perkara yang menggembirakan Tuhan apabila dilakukan oleh hambanya?” Rasulullah saw bersabda: “Mengeluarkan tangan menghadapi musuh dengan terbuka”. Apabila mendengar jawapan Rasulullah beliau terus membuang perisainya dan mengambil pedang memerangi musuh sehingga gugur syahid (Allahuakbar!). Arahan Rasulullah saw supaya menyerang musuh dilaksanakan dengan penuh keimanan.Dalam ketiadaan Rasulullah saw, maka kepimpinan digalas pula oleh para ulamak, yang sewajarnya memimpin dengan tidak lekang jiwa dan semangat serta komitmen mereka terhadap perjuangan suci ini. Segala tutur, fikir dan geraknya mestilah berpandukan al Quran dan Sunnah, sebagaimana yang diwarisi dari Rasulullah saw.
Kita yang pasca Badar ini perlukan panduan, dorongan dan suntikan semangat dari mereka kerana medan tempur kita hari ini semakin luas dan gawat, jika tidak kita berhati-hati kita pasti tewas dan tergelincir sebelum bertempur.
Hari ini 17 Ramadhan dikenali juga dalam kalendar Islam sebagai Hari Nuzul Quran, hari ini menurut lipatan sirah adalah hari dimana al Quran diturunkan kepada Baginda Rasulullah saw di Gua Hira’ untuk disampaikan kepada umat manusia, bukan untuk sekadar dibaca dan disimpan di rak atau peti kaca, tetapi ia untuk dilaksanakan dijadikan hukum tertinggi untuk menyusun kehidupan masyarakat dan Negara.
Betapa indahnya jalinan Nuzul Quran dan Badar ini bagi kita yang berjuang menegakkan kalimah Allah swt ini. Quran inilah hukum tertinggi kita, kerana Quran inilah kita tegak berjuang pada hari ini, dan Badar adalah contoh komitmen dan kesediaan kita untuk berjuang mempertahankan al Quran ini walau apa yang bakal berlaku ke atas diri kita.
Benarlah firman Allah swt: Ingatlah ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu lalu diperkenankannya bagimu, sesungguhnya Aku akan mendatangkan bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut. Dan Allah tidak menjadikan melainkan sebagai khabar gembira dan agar hatimu menjadi tenteram kerananya, dan kemenangan itu hanyalah dari sisi Allah, sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Ayuh kita menuntut kemenangan sebenar sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah dan Rasul Nya itu.
p/s Dipetik dan diedit dari roslan sms

Monday, September 15, 2008

Teori RAHMAN

Salam ceria dan salam perpaduan kepada semua bloggers. Saya ingin menyentuh sedikit mengenai teori RAHMAN yang seingat saya menyentuh tentang perdana menteri dan bakal-bakal perdana menteri Malaysia. Ketika era 90an dulu, guru sejarah saya selalu memberi tips-tips untuk mengingat fakta Sejarah. Maka teori RAHMAN menjadi semacam perkara wajib untuk dihafal ketika itu apabila tiba ujian Sejarah.
Jom kita tengok apa yang ada pada teori RAHMAN ;-
R - Rahman
N - Najib Tun Razak
Jika secara teorinya, kita seakan-akan tidak boleh menolak akan kesahihan teori tersebut. Ini kerana era pemerintahan Pak Lah akan berakhir menjelang pertengahan bulan Jun 2010 apabila Pak Lah bersetuju membuat peralihan kuasa kepada timbalannya.
Namun, teori RAHMAN pada pemerhatian saya dalam keadaan sekarang mungkin mengalami perubahan. Perubahan mungkin berlaku kerana Anwar Ibrahim dikatakan bakal mengambil alih pemerintahan negara menjelang tarikh 16 September 2008 ataupun dalam masa terdekat. Jika Anwar Ibrahim menjadi PM, adakah Dato' Sri Najib masih berpeluang menjadi PM seterusnya. Sekaligus membenarkan kesahihan teori RAHMAN yang menjadi tips sejarah sepanjang zaman.

Friday, September 12, 2008

Lagu 'Your Mother'-Yusuf Islam

Sungguh menarik bila mendengar lagu Your Mother yang digubah oleh saudara Yusuf Islam atau dikenali juga sebagai Cat Stevens. Bila dengar lagu nie, mesti perasaan rindu kat ibu tersayang di kampung halaman makin kuat. Nak balik selalu menziarahi ibu maklum sajela, bukannya dekat jaraknya Bumi Kenyalang dengan tanah Semenanjung. Apapun alasan kita, yang penting ibu kita wajib dihormati dan disayangi seperti dalam lirik lagu dibawah.
Who should I give my love to? My respect and my honor to Who should I pay good mind to? After Allah And Rasulullah Comes your mother Who next? Your mother Who next? Your mother And then your father

Cause who used to hold you And clean you and clothes you Who used to feed you? And always be with you When you were sick Stay up all night Holding you tight That's right no other Your mother (My mother)

Who should I take good care of? Giving all my love Who should I think most of? After Allah And Rasulullah Comes your mother Who next? Your mother Who next? Your mother And then your father

Cause who used to hear you Before you could talk Who used to hold you? Before you could walk And when you fell who picked you up Clean your cut No one but your mother My mother

Who should I stay rigt close to? Listen most to Never say no to After Allah And Rasulullah Comes your mother Who next? Your mother Who next? Your mother And then your father

Cause who used to hug you And buy you new clothes Comb your hair And blow your nose And when you cry Who wiped your tears? Knows your fears Who really cares?My mother

Say Alhamdulillah Thank you Allah Thank you Allah For my mother.

Thursday, September 11, 2008

"Bagaimana kita boleh berharap untuk sampai, apabila kita tidak tahu ke mana kita pergi"-Dr. Sidney Newton Bremer, Ph.D

Salam sejahtera kepada semua blogger yang dikasihi. Terasa lama sangat saya tak postkan artikel untuk tatapan minda. Maklumla sibuk dengan urusan rumah tangga, kerjaya dan yang terbaru kemelut politik tanah air yang tak pernah reda. Macam-macam berita terkini, terhangat yang boleh dibaca,didengar oleh semua rakyat jelata. Kekadang seronok juga jadi pemerhati,penilai kepada episod politik tanah air nie. Bukan apa, melalui pemerhatian, penilaian secara ilmiah dan dengan menggunakan akal yang waras maka tahulah kita mana yang benar dan mana yang salah...mmm dah jauh terpesong pulak. Biarlah politicians dengan agenda masing-masing..yang penting rakyat biasa macam saya nie masih boleh hidup aman damai di bumi yang bertuah Malaysia.Amin
Saya ingin berkongsi artikel dengan pembaca semua tentang kata-kata penulis buku motivasi diri Dr. Sidney Newton Bremer Ph.D tentang "Bagaimana kita boleh berharap untuk sampai, apabila kita tidak tahu ke mana kita pergi". Selamat membaca.
Ada yang mengatakan bahawa manusia mirip ikan emas di dalam botol. Ikan emas berenang dan terus berenang tetapi hanya berputar di situ juga. Kebanyakan manusia kelihatan begitu sibuk, membanting tulang dan bekerja sepanjang hidup tanpa rancangan atau tujuan.
Pastikan sekarang, apa yang anda inginkan dari hidup. Jangan cepat puas dengan segala apa yang diberikan oleh hidup kepada anda. Hidup tidak pernah diciptakan sebagai permainan. Maha Pencipta tidak bermaksud untuk membuat karya masterpiece-Nya menjadi terbiar tanpa tujuan.
Pilihan ada pada diri anda. Anda boleh menjadi apa saja yang anda inginkan asal anda membuat keputusan bagi diri anda sendiri. Tidak ada seorang pun yang boleh melakukannya bagi anda. Buat keputusan sekarang, anda akan menjadi lelaki atau wanita yang bagaimanakah ketika berusia 60 atau 70 atau 80 tahun? Gambarkan pada fikiran anda suatu contoh orang mulia yang anda inginkan dengan segala miliknya pada saat itu. Fikirkan terus menerus tentang hal ini selama anda menuju kepada pencapaian sasaran itu.
Tidak ada seorang pun yang boleh sampai pada suatu kejayaan dengan hanya mengambil satu langkah. Kita melakukan perjalanan panjang menuju tujuan yang kita kehendaki selangkah demi selangkah, tingkat demi tingkat. Oleh itu, kita perlu menentukan sasaran jangka pertengahan yang tentunya diarahkan pada sasaran kita yang utama.
Sasaran jangka pendek seharusnya ditentukan secara harian, mingguan, bulanan atau tahunan. Semua tugas besar akan menjadi lebih mudah kalau dipecah-pecah menjadi bahagian yang lebih kecil. Hal itulah yang kita lakukan ketika kita membahagi-bahagi sasaran jangka panjang kita menjadi sasaran jangka pendek. Dengan menyelesaikan sasaran kecil, kita sebenarnya melangkah pada sesuatu yang lebih besar.
Oliver Wendell Holmes berkata: "Hal terbesar dalam dunia ini tidaklah terdapat pada tempat kita berada, melainkan pada tempat yang kita tuju."
*Sumber : 366 Esei untuk Motivasi Diri-Sidney Newton Bremer, Ph.D

Thursday, August 28, 2008

7 Perkara yang membuat anda bermotivasi di pagi hari

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.

Bersyukurlah sebab Anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, Anda masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi.

Pasang niat dalam hati yang Anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua. Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang Anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.

Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni. Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga Anda ia mudah turun. Kesannya, Anda jadi tak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.

Bila Anda start punch card nak masuk kerja, baca Bismillah, moga Anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat Anda lalai, mengantuk, macam tak cukup 'cas betri' saja.Andai kata Anda seorang pelajar, start nak masuk kelas, duduk di kerusi Anda dan start nak bukak buku, mulakan semuanya dengan Bismillah. Moga apa jua yang Anda lakukan mendapat keberkatan.Masuk aje kelas, pasang niat Anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, Anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri

Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi. Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.Mulai hari ini, ubah sikap Anda. Set target apa yang Anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.Andai Anda seorang pelajar, set target berapa bab yang Anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang Anda nak baca dalam minggu ni, berapa soklan Anda nak tanya dengan lecturer Anda nanti.Andai Anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang Anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang Anda nak dapat hasil dari bisnes Anda. Set juga apa yang Anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes Anda.Andai Anda seorang pekerja, set berapa tugas yang Anda nak siapkan dan set limit masa untuk Anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

6. Lihat Warna Cerah

Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood Anda menjadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan

Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, Anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.Lebih teruk, Anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup!
Sumber : Komuniti Kaunselor

Monday, August 11, 2008

Tutup Mata & Telinga Untuk Mencapai Impian

Saya berjumpa dengan entri menarik ini, dan seperti biasa, saya harus kongsikan dengan anda! Sumber : Blog Diary Rila
Oleh : Phang Arie Susanto

Di suatu kampung katak di pelosok daerah manusia, khabarnya terdapat sebuah Box ajaib yang diyakini dapat mengabulkan semua permintaan pembukanya. Box tersebut berada di puncak gunung yang mempunyai ketinggian 1000 kaki. Suatu ketika saat gosip tersebut mulai meluas, maka katak pun berkumpul di kaki gunung untuk bersiap-siap melompat ke puncak itu. Terdapat sekitar 500an katak di sana.

Dan tiba-tiba melompatlah seekor katak ke gunung tersebut dengan susah payah, akhirnya setelah beberapa saat katak itu jatuh dan terguling-guling turun. Lalu katak itu pun berkata kepada katak yang lain kalau ini mustahil untuk didaki katak. Katak-katak yang mencoba pun sudah banyak sekali yang gagal.

Tidak lama setelah itu muncul lagi seekor katak dari belakang dan langsung melompat ke gunung dengan penuh semangat, terus terus dan terus. Tapi setelah beberapa saat maka katak-katak yang gagal tersebut mulai meneriaki katak itu “oooiii… kmu ga mungkin bisa lah, kita ini cuma katak mana mungkin bisa mendaki gunung 1000 kaki!!!”. Katak yang sedang melompat pun spontan menoleh ke belakang dan akhirnya.. buumm, ia terpeleset dan jatuh lagi ke bawah. Ia pun merasa gagal!!

Sudah hampir separuh katak yang mencoba dan gagal, tapi di satu sisi ada seekor katak yang sudah melompat setinggi 500 kaki lebih dengan sangat cepat. Sepertinya katak itu akan berhasil… tapi tiba-tiba semua katak yang di bawah berseru lagi “oooiii… jangan buang waktu lah kita nih cuma katak, mana mungkin bisa!! Belum tentu juga Box itu adalah Box ajaib!!!” Si katak yang saat itu sudah mencapai 700 kaki pun, berhenti sambil berpikir. “Benar juga yah, belum tentu Box ini bisa mengabulkan permintaan saya. Lagian saya kan cuma katak”. Tiba-tiba si katak pun turun ke bawah dengan sendirinya sambil banyak berpikir.

Setelah beberapa saat tidak ada katak yang mencoba mendaki gunung, dari kejauhan terlihat katak yang sedang melompat dengan sangat kuat sekali. Tiba-tiba wwuusshh si katak itu mulai melompat ke gunung dan terus melompat tanpa berhenti. Dengan sangat cepat ia sudah mendaki 200, 300, dan 500 kaki. Katak-katak yang di bawah pun mulai meneriaki dia!! “oooiii… kmu ga akan bisa, kita ini cuma katak!! Belum tentu juga itu ada Box ajaibnya!!” Tapi si katak itu terus melompat tanpa menoleh ke belakang . Tinggal 200 kaki, 100, dan sampai lah katak itu di puncak. Dengan perasaan deg-degan katak itu membuka Box tersebut sambil meminta untuk menjadi manusia!! Dan tiba-tiba jadilah ia seorang pria yang tampan…

Wartawan dari berbagai kantor berita pun mulai menemui katak dan mewawancarainya “Hai katak kenapa kamu bisa sampai di atas sini??” Jawab katak “saya sampai di puncak!!!”. Lalu wartawan pun bingung dengan jawaban katak dan mencoba bertanya lagi “Kenapa kamu bisa tapi teman-teman kamu ga bisa??” “saya jadi manusia sekarang…”jawab si katak. Karena jawabannya selalu tidak sesuai akhirnya ia pun dibawa wartawan ke RS dan akhirnya diketahui kalau katak yang menjadi orang tersebut ternyata adalah Seekor Katak Yang Tuli.

Moral cerita ini adalah : Pembaca, disedari atau tidak seringkali pada saat kita ingin mencapai sesuatu banyak sekali halangan yang harus dihadapi. Mulai dari orang yang tidak dikenal, teman, bahkan sampai keluarga. Ada yang bilang kita ga bisa lah, ada yang bilang ga mungkin lah, dll. Banyak sekali orang-orang yang gagal ingin kita mengikuti kegagalannya!! Tapi iya, ini adalah goal kita sendiri jadi kalau kita benar-benar yakin dengan apa yang kita ingini, tutup mata kita, tutup telinga kita, dan jalani sesuai keyakinan kita!!! Success is My Right

Menarik bukan? Cuba renungkan dan bandingkan betapa banyaknya orang menarik anda ke belakang, setiap langkah anda ke hadapan menuju impian. Mana yang anda selalu lakukan? Berpatah balik atau meneruskan perjalanan dengan menutup telinga? Selamat Maju Jaya!

Kebencian dan Kemaafan

Semoga secebis kisah Pisang dan Hati dibawah ini boleh dijadikan renungan dan pengajaran untuk semua pembaca.

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastik berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg. Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk Kanak-kanak itu mula merungutdan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa. “Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Maryam.Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik daripada membenci…!