Menjelang ulangtahun kemerdekaan kali ke-52 pada 31 0g0s nanti, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui bahawa orang Melayu masih ketinggalan dalam pelbagai aspek di tanah air mereka sendiri. (Utusan Malaysia online). Selepas 52 tahun Melayu masih ketinggalan? Patut ke tak patut. 52 tahun di bawah pemerintahan Barisan Nasional yang diketuai parti UMNO yang kononnya memperjuangkan nasib orang Melayu. Orang Melayu yang berjaya menjadi jutawan dalam tempoh 52 tahun boleh dikira dengan jari. Sungguh hebat UMNO memperjuangkan nasib orang Melayu. Syabas UMNO.
Thursday, August 20, 2009
Wednesday, August 19, 2009
Setahu Mahathir...
"Setahu saya hanya mereka yang dah mati boleh tengok syurga atau neraka, itu pun tidak boleh balik ke dunia untuk ceritakan semula,’’ kata Mahathir.
Yang dihormati Tun, bagaimana pula peristiwa Israk Mikraj yang mana Rasulullah s.a.w dibawa oleh Malaikat Jibril untuk melihat syurga dan neraka. Melalui peristiwa Ikraj Mikraj la Rasulullah boleh menceritakan kepada sahabat baginda seterusnya umat Islam bagaimana keadaan syurga dan neraka.
Utusan Malaysia dan Tun Dr Mahathir Wajib Mohon Maaf kepada Umat Islam..
Tun Mahathir sindir Nik Aziz
19/08/2009 12:47pm
KUALA LUMPUR 19 Ogos - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad secara sinis menyatakan kebanggaan dan kekagumannya terhadap Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana menjadi satu-satunya manusia yang boleh menentukan syurga atau neraka kepada manusia. ‘’Saya bangga dengan kebolehan Nik Aziz kerana boleh tentukan syurga atau neraka untuk sesiapa sahaja. ‘’Mungkin dia dah turun ke bawah, untuk melihat sendiri syurga dan neraka hingga boleh ceritakan siapa yang akan masuk. ‘’Setahu saya hanya mereka yang dah mati boleh tengok syurga atau neraka, itu pun tidak boleh balik ke dunia untuk ceritakan semula,’’ katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Konvokesyen International Medical University Malaysia (IMU) di sini hari ini.
- Utusan Aku cukup-cukup terguris hati dengan Utusan Malaysia dan Tun Dr Mahathir Mohamad secara terang-terangan mempersendakan Islam. Lupakan Tun Mahathir dengan kisah Rasulullah S.A.W yang dibawa oleh malaikat Jibril untuk melihat syurga dan neraka. Ingat, jangan cakap ikut sedap mulut sahaja. Kalau rakyat cakap pemimpin HINA ISLAM tak mengaku. Sekarang dah terang lagi bersuluh!!!. Mana ulama/mufti Dr Harussani. Sila jawab bagi pihak kerajaan apa hukumnya mempersendakan Islam. Aku sebagai orang Islam akan tentang habis-habisan orang yang terang-terangan menghina agama Islam.
Tuesday, August 18, 2009
Tan Sri Muhyiddin Yassin dan 'Anak Emas' nya...
Sampai bilakah pencarian 'anak emas' Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Perdana Menteri (TPM) Malaysia akan berakhir. Jika sebelum ini Manek Urai telah ditawarkan untuk dijadikan 'anak emas' TPM dan kerajaan Persekutuan ditolak mentah-mentah penduduk Manek Urai, kali ini penduduk Permatang Pasir juga telah ditawarkan sebagai 'anak emas' kerajaan persekutuan. Tawaran ini dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin pada jumaat lepas. Lapor Utusan online pada 17/8/2009. Tawaran ini hanya sekali sehaja, tiada tawaran kedua, kata Ketua Penerangan UMNO Ahmad Maslan. Manek Urai dan Permatang Pasir boleh jadi tak mahu menjadi 'anak emas' TPM dan kerajaan persekutuan kerana takut serta terkejut dengan tawaran tersebut. Ye lah, tiba-tiba sahaja TPM dan kerajaan membuat tawaran untuk diambil sebagai 'anak emas'. Boleh jadi ada maksud lain kot. Mungkin itulah pemikiran penduduk kedua-dua kawasan tersebut. Jika tawaran 'anak emas' dibuat untuk penduduk Batang Ai, Kapit, dan daerah Song di Sarawak sudah pasti tawaran itu segera disambut tanpa banyak persoalan. Oleh itu, Tan Sri Muhyiddin perlu menyimpan dulu niat untuk mengambil 'anak emas' sekarang. Tawaran elok dibuat masa kempen pilihanraya DUN di Sarawak yang bakal diadakan tahun depan. Tawaran bukan saja disambut malah lebih manis lagi penunjuk KPI TPM meningkat berganda-ganda.
Monday, August 17, 2009
Tok Najib : Ke mana menghilang?
Saat-saat UMNO ingin bertarung di Permatang Pasir, kelibat Tok Najib sebagai jeneral perang tidak kelihatan. Jika dalam pertempuran, ketiadaan jeneral menyebabkan pejuang-pejuang mula rasa gentar untuk memikul senjata. Akhirnya bila tiba saat pertempuran, semangat melawan akan hilang dan dengan mudahnya menyerah kalah kepada musuh. Kehadiran Tok Najib semasa saat-saat genting ini sangatlah diharapkan. Bukan saja kepada penyokong UMNO tetapi kepada pihak pembangkang. Kehadiran Tok Najib boleh memberi motivasi yang tinggi kepada UMNO untuk berkempen habis-habisan di Permatang Pasir. Orang kata, kempen sampai subuh pun tak mengapa, janji Tok Najib ada. Jika Tok Najib muncul, kemenangan besar pasti milik UMNO. Rasa-rasa kalau Tok Najib hadir di Permatang Pasir, bukan sahaja UMNO menang besar tetapi silap-silap haribulan Pulau Pinang berjaya dirampas kembali oleh UMNO dan BN. Lihat sahaja apa yang telah Tok Najib lakukan di Perak. Strategi perang Tok Najib cukup efektif dan terbukti berkesan. Maka, kehadiran Tok Najib saat-saat ini sangatlah ditagih oleh semua khususnya pejuang kental UMNO di Permatang Pasir.
PRK N11 Permatang Pasir : Kekalahan UMNO sudah dijangka
Biarpun hari penamaan calon akan bermula hari ini, namun keputusan pilihanraya kecil permatang pasir sudah boleh dijangka. UMNO awal-awal lagi sudah kalah. Banyak faktor yang menyebabkan UMNO kalah pada pilihanraya kali ini. Antara faktor yang boleh disenaraikan ialah :
- N11 Permatang Pasir berada di dalam Permatang Pauh yang juga kubu kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
- N11 Permatang Pasir sebelum ini sudah 3 penggal diperintah oleh parti PAS.
- Media arus perdana yang jelas menyokong UMNO selalu menggunakan isu perkauman
- Strategi kempen Manek Urai dibawa ke Permatang Pasir. UMNO kalah di Manek Urai, maka penggunaan strategi yang menyebabkan kekalahan UMNO satu tindakan tidak bijak UMNO.
- Modal Pembangunan yang sering diulang-ulang oleh pemimpin UMNO ketika berkempen. Rakyat akan bertanya, jika betul UMNO membela rakyat permatang pasir mengapa semasa BN memerintah Pulau Pinang selama berpuluh tahun, pembangunan tidak segera dibuat di permatang pasir?
Sebenarnya banyak lagi faktor yang menyebabkan UMNO kalah dalam pilihanraya kecil Permatang Pasir. Biarlah pihak optimist UMNO sahaja merungkainya...
Sunday, August 16, 2009
Syabas PETRONAS...
Valentino Rossi melakukan aksi 'wheelie' di litar Brno, Republik Czech selepas memenangi tempat pertama motoGP hari ini.
Syabas dan jutaan tahniah kepada PETRONAS kerana menjadi sebuah syarikat multinasional sekaligus mengharumkan nama Malaysia seantero dunia. Nama PETRONAS hari ini telah terpampang di media seluruh dunia gara-gara kejayaan Valentino Rossi memenangi tempat pertama dalam MotoGP di litar Brno, Republik Czech. Beliau menunggang motosikal yamaha YZR-M1. PETRONAS adalah salah satu syarikat yang menjadi rakan kongsi kepada FIAT YAMAHA. Langkah bijak PETRONAS menjadi rakan kongsi kepada FIAT YAMAHA sangatlah dipuji. Kemenangan demi kemenangan Valentino Rossi dan FIAT YAMAHA akan memberi keyakinan kepada dunia yang PETRONAS adalah syarikat berteknologi tinggi dalam penghasilan minyak untuk perlumbaan.
Selain menjadi rakan kongsi untuk FIAT YAMAHA, PETRONAS juga merupakan 'premium partner' kepada BMW SAUBER-FI team.
Harapan aku kepada PETRONAS... - Berkerjasama dengan MODENAS ( Motosikal dan Enjin Nasional ) untuk menghasilkan motosikal yang setanding YAMAHA, HONDA dan DUCATI. Selain menghasilkan motosikal kapcai, kerjasama MODENAS dan PETRONAS juga semestinya mampu menghasilkan motosikal untuk perlumbaan dalam kategori 125cc, 250cc dan 500cc.
Alangkah bertuahnya jika suatu hari nanti akan lahir pemenang motoGP dari Malaysia yang menunggang jentera MODENAS menggunakan minyak perlumbaan keluaran PETRONAS. Impian ini pasti menjadi kenyataan.
Subscribe to:
Posts (Atom)

