Alhamdulillah...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Buku Daftar Pelawat

Thursday, May 22, 2008

Kata-kata hikmah 1

  1. "Bagaimana kita boleh berharap untuk sampai, apabila kita tidak tahu ke mana kita pergi?"
  2. "Tidak ada penghalang bagi genius sehingga tidak dapat dikatakan kepadanya: Hanya sampai di sini dan tidak boleh lebih jauh." LUDWIF VAN BEETHOVEN
  3. "Impikanlah hal-hal yang manusiawi dan mulia, maka impian itu akan menjadi suatu ramalan yang tepat." EDWARD GEORGE BULWER-LYTTON
  4. "Kejatuhan kecil bererti kebangkitan yang lebih membahagiakan." WILLIAM SHAKESPEARE
  5. "Bayangkanlah tentang orang yang mampu dan berguna seperti yang ingin anda capai dan fikiran yang anda pertahankan itu akan menukarkan diri anda menjadi orang yang anda idamkan." ELBERT HUBBARD
  6. "Jangan meratap ketika mengenang masa lalu, kerana hal itu tidak akan kembali lagi, lebih bijaksana meningkatkan yang ada saat ini dan maju ke masa depan yang masih berupa bayangan itu tanpa rasa takut dan dengan hati yang perkasa." HENRY WADSWORTH LONGFELLOW
  7. "Seorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu loncatan." WILLIAM LYON PHELPS
  8. "Apakah anda mencintai hidup? Kalau begitu jangan mensia-siakan waktu, sebab hidup diperbuat dari waktu." BENJAMIN FRANKLIN

Thursday, May 15, 2008

Kerosakan Akhlak Muda Mudi

Petikan kutbah jumaat Oleh: Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Muslimin sidang jumaat sekalian! Marilah sama-sama kita mendengar satu hadis yang disabdakan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud:"Dua kaki seorang hamba itu akan tetap (berada di padang masyar) padahari kiamat sehingga disoal kepadanya empat soalan; Tentang umurnya,di manakah dihabiskan, tentang zaman mudanya, bagaimana digunakan,tentang hartanya, bagaimanakah diperolehi dan bagaimana digunakan dan tentang amalannya, apakah diamalkan dengannya।"Di antara keempat-empat soalan tersebut, ada satu soalan yang Allah SWT akan tujukan kepada setiap manusia semasa berada di padang masyar berkaitan dengan usia muda। Mereka akan disoal bagaimana mereka menghabiskan masa muda mereka, adakah untuk melakukan ketaatan kepada Allah SWT atau disia-siakan zaman muda mereka dengan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT.
Di dalam al-Quranul Karim, Allah SWT mengambarkan kisah satu golongan pemuda yang berani mempertahankan aqidah dan agama mereka walaupun dihadapan raja yang zalim yang memaksa mereka kembali kepada kekafiran.
Firman Allah SWT yang bermaksud:"Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambahkan kepada mereka petunjuk। Dan kami teguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri (di hadapan raja yang zalim) lalu mereka berkata; 'Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi: Kami sesekali tidak akan menyeru Tuhan yang lain daripada-Nya,sesungguhnya kalau kami(mengucapkannya) maka sebenarnya kami telah mengucapkan perkataan yang amat jauh daripada kebenaran."
Di dalam sejarah Islam, menceritakan kepada kita betapa hebatnya peranan pemuda-pemuda Islam berjuang mempertahankan Islam sehingga Islam itu berkembang ke seluruh pelusuk dunia. Oleh itu, menyedari betapa pentingnya golongan pemuda di dalam perjuangan Islam, maka Rasulullah SAW begitu mengambil berat terhadap pendidikan golongan pemuda. Buktinya, mereka yang mula-mula memeluk Islam dan menerima dakwah Rasulullah SAW adalah dari kalangan pemuda-pemuda yang umur mereka lebih muda daripada Rasulullah SAW sendiri seperti Saidina Abu Bakar, Umar, Osman, Ali dan lain-lain lagi.Sementara mereka yang menyertai golongan penentang dakwah Rasulullah SAW ialah daripada golongan tua yang menganggap diri mereka lebih banyak makan garam daripada orang lain seperti Abu Jahal, dan lain-lain lagi. Muslimin sidang jumaat sekalian! Golongan pemuda Islam pada hari ini pula seolah-olah telah lupa tanggungjawab mereka terhadap Allah SWT. Mereka berpegang dengan slogan zaman muda hanya sekali.
Oleh itu mereka bebas untuk melakukan apa saja yang diinginkan oleh hawa nafsu mereka dan mereka menurut sahaja apa yang dibisikkan oleh syaitan dalam hati sanubari mereka।Sebahagian besar daripada golongan pemuda Islam pada hari ini sudah tidak lagi mengingati Allah SWT seperti meninggalkan sembahyang.Mereka merasakan bahawa ibadat sembahyang lima waktu itu sangat membebankan mereka. Seolah-olah lebih payah daripada mendaki gunung yang tinggi atau berenang di dalam lautan api. Golongan pemuda seperti ini lebih gemar menghabiskan masa mereka dengan bermain dam di atas wakaf bermula dari fajar sehingga larut malam, bertemankan sebatang lilin atau cahaya rembulan. Tempat-tempat umum seperti perhentian bas dan pasar-pasar menjadi tempat longgokan pemuda-pemudi yang tidak ada arah tujuan hidup.
Di sinilah tempat mereka bersuka ria, bergaul bebas di antara lelakidan perempuan, menghisap rokok dan melakukan perkara-perkara yang sia-sia, tidak ada guna di dunia dan di akhirat. Di sana mereka mengayakan fesyen terbaru yang digayai oleh pemuda-pemudi daripada negara barat, yang ditaja oleh golongan Yahudi dan Nasrani bertujuan menyesatkan dan memesongkan mereka daripada Islam. Pergaulan bebas yang berlaku dikalangan pemuda-pemudi tanpa adaikatan perkahwinan yang sah menyebabkan berlaku gejala sosial seperti berzina, rogol dan membuang anak-anak yang lahir daripada perbuatan zina.
Jika kaum jahiliyyah sebelum datangnya Islam dihina keranamelakukan pembunuhan kanak-kanak perempuan yang baru lahir secaraditanam hidup-hidup, maka ada pemuda-pemudi Islam hari ini lebih hina kerana membunuh anak yang baru lahir hasil daripada perbuatan zina tidak lagi mengira lelaki atau perempuan, bukan lagi ditanam tetapi dibunuh begitu sahaja di dalam longkang, tong sampah dan di sungai yang kemudiannya menjadi santapan istimewa burung gagak, ular sawa,biawak, buaya dan anjing liar.Pemuda-pemudi Islam juga menjadi penagih dadah, ganja, pil khayal,ubat batuk dan sebagainya. Mereka ini bukan sahaja menyusah diri sendiri tetapi juga menyusahkan orang lain. Kerana merekalah ibu-bapa menjadi malu, kerana merekalah masyarakat tidak tenteram kerana berlakunya kes-kes kecurian dan rompakan.
Kerana mereka kerajaan terpaksa berbelanja beratus-ratus juta setahun untuk menyara hidup mereka di dalam pusat pemulihan seperti kata pepatah melayu; seperti memikul biawak hidup' atau 'tiada beban batu digalas.Muslimin sidang jumaat sekalian!Begitulah sebahagian daripada contoh kerosakan perangai dan akhlak dikalangan muda-mudi hari ini. Siapakah yang bersalah di dalam soal ini? Seseorang itu tidak boleh menuduh orang lain melainkan mereka hendaklah bersama-sama membuat perhitungan sendiri. Kita tidak perlu bergaduh sesama sendiri untuk menentukan siapakah yang bersalah sehingga kita membetulkan keadaan yang ada. Tidak ada seorangpun yangterkecuali daripada tanggungjawab yang besar ini bermula daripada seorang individu, keluarga, masyarakat dan negara.
Marilah sama-sama kita membentuk diri kita menjadi seorang yang patuh kepada Allah SWT.Kemudian marilah kita sama-sama membentuk sebuah keluarga Islam yang terdiri daripada ibu-bapa dan anak-anak yang beramal dengan ajaran Islam sehingga sebuah rumah tangga itu boleh disifatkan dengan "baitijannati" rumahku syurgaku.Hasil daripada setiap keluarga Islam yang beramal dan patuh terhadap ajaran Islam, maka akan lahirlah pula masyarakat Islam dan negara Islam yang diberkati dan diberi rezeki yang melimpah ruah oleh Allah SWT.Firman Allah SWT yang bermaksud:"Dan sekiranya penduduk negeri ini beriman dan bertakwa, nescaya Kami akan bukakan kepada mereka pintu-pintu keberkatan daripada langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) lalu kami menghukum mereka kerana apa yang mereka lakukan."

Wednesday, May 14, 2008

Leaders & Revolutionaries

Tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tersenarai dalam 100 insan paling berpengaruh di dunia dalam kategori Leaders & Revolutionaries majalah TIME. Ini meletakkan Datuk Seri sebaris dengan pemimpin dunia lain seperti George W. Bush, Barack Obama, Muqtada al-Sadr dan Sonia Gandhi. Sebagai belia Malaysia, ketokohan dan keberanian beliau dalam menyatakan sesuatu isu yang ada kaitan dengan masyarakat umum seharusnya dijadikan contoh dan teladan.
Anwar Ibrahim By Paul Wolfowitz Article http://www.time.com/time/specials/2007/article/0,28804,1733748_1733757_1735709,00.html During the 1990s, Malaysian Deputy Prime Minister Anwar Ibrahim and a group of U.S. Senators organized a forum to exchange views among East Asians and Americans. Asked at one session about the role of Islam in politics, Anwar replied, "I have no use for governments which call themselves Islamic and then deny basic rights to half their population."
This devout Muslim leader was an impressive and eloquent advocate of tolerance, democracy and human rights. So we were shocked by his arrest and trial in 1998 on charges of corruption and sodomy. I felt his real "crime" had been to challenge Prime Minister Mahathir Mohamad, whose impressive record will be forever stained by his treatment of Anwar. I joined Senator Sam Nunn and others to speak out in Anwar's defense.
When he was finally released from prison in 2004, U.S. policy on Iraq was unpopular in Malaysia, and Anwar was harshly critical. It would have been easy for him to disown our friendship, but he is not that kind of person. He kept the channels of dialogue open, even while making clear our disagreements.
Anwar, 60, is back in the center of Malaysian politics. The coalition led by his wife Wan Azizah has become the main opposition bloc. His future role can be determined only by Malaysians. One can hope that they will embrace his brand of tolerance, valuing dialogue across political differences, and that this courageous leader will continue to play a leading role on the world stage.
Wolfowitz is a former U.S. Deputy Secretary of Defense

Thursday, May 8, 2008

Denis Waitleys' Formula for Developing the Ten Qualities of A Total Winner

1.POSITIVE SELF-AWARENESS: Be open to Abundance, Empathetic to Others, Adaptable to Stress.
2.POSITIVE SELF-ESTEEM: Like and Accept Yourself for Who You Are at This Moment.
3.POSITIVE SELF-CONTROL: Take Full Responsibility and Credit for Causing Your Own Effects.
4.POSITIVE SELF-MOTIVATION: Focus All Thoughts and Energy on Immediate Priorities and Rewards.
5.POSITIVE SELF-EXPECTANCY: Create Your Own Winning Horoscope for Good Health and Good Luck.
6.POSITIVE SELF-IMAGE: Preview Your Future Attractions by Imagining Them as “Oscar Winners”.
7. POSITIVE SELF-DIRECTION: Purpose, Forged in Goals and Priorities, is the Key to Success.
8. POSITIVE SELF-DISCIPLINE: Practice Winning by Relaxing, Rehearsing and Relenting.
9. POSITIVE SELF-DIMENSION: Look Beyond Yourself, Create Other Winners, and Live in the “Now”.
10. POSITIVE SELF-PROJECTION: Listen, Set the Best Example and Be Lovable.
Dipetik dari buku The Psychology of Winning hasil karya Mr. Denis Waitley. Diharapkan idea-idea beliau dapat dijadikan panduan kepada semua pembaca demi kesejahteraan diri dan orang lain.

Harapan generasi pewaris

rencana Utusan malaysia 8 mei 2008

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL(WARTAWAN UTUSAN)

ROH perjuangan sebenar UMNO dalam membela nasib dan maruah orang Melayu perlu ditiup ke dalam diri setiap ahli-ahli UMNO terutamanya di kalangan generasi muda. IBARAT perjalanan hidup seorang manusia, usia 62 tahun UMNO yang akan disambut pada 11 Mei ini pastinya sarat dengan pelbagai kisah dan pengalaman yang luar biasa. Suka dan duka bersilih ganti dengan cabaran serta ujian dan biarpun pernah hampir rebah, semua itu berkumpul menjadi satu kekuatan dan kematangan untuk UMNO bertahan sehingga kini.

Peredaran zaman turut menyuntik kekuatan yang berbeza buat UMNO namun, paksi perjuangannya tidak pernah sekali-kali tergelincir daripada landasan membela nasib dan maruah bangsa Melayu. Justeru, biar lahir sebanyak mana sekali- pun sayap perjuangan UMNO, aspirasi yang didukung tetap sama meskipun mereka mungkin berbeza pendirian dalam banyak perkara. Begitu juga dengan perjuangan Putera serta Puteri UMNO. Tidak keterlaluan jika dikatakan sayap parti itu memainkan peranan yang sangat besar sebagai langkah pemula kepada generasi muda untuk memahami erti perjuangan bangsa menerusi kekuatan politik. Dengan hakikat itu, sambutan ulang tahun ke-62 UMNO bagi Putera dan Puteri kali ini pastinya bakal disambut dengan pengertian yang lebih besar dan disulami harapan supaya suara mereka sentiasa menjadi wadah kepada perjuangan sebenar UMNO.

Seperti yang dijelaskan oleh Ketua Puteri UMNO Melaka, Mas Ermieyati Samsudin, usia 62 tahun UMNO tidak boleh ditafsir sebagai sebuah parti yang kuat sebaliknya tempoh itu seharusnya membayangkan bahawa UMNO sebenarnya semakin berdepan dengan cabaran yang lebih hebat. Peningkatan usia UMNO saban tahun katanya, perlu disusuli dengan muhasabah di kalangan ahli-ahlinya dengan bersaksikan perjuangan tokoh-tokoh UMNO terdahulu dalam memberikan kesenangan kepada generasi hari ini. Dalam masa yang sama tambah Mas Ermieyati, ahli-ahli UMNO juga perlu melihat cabaran dan perjuangan UMNO dari sudut pandangan yang lebih luas seterusnya mendepani setiap rintangan yang mendatang dalam perspektif dan persekitaran semasa.

''Situasi ini secara tidak langsung akan membawa perjuangan UMNO kepada meyakinkan generasi muda hari ini bahawa parti ini adalah survival orang Melayu dan terbina pada asas untuk memperjuangkan nasib dan maruah orang Melayu. ''Harus diakui usaha ini adalah satu tanggungjawab yang berat kepada UMNO termasuklah Puteri,"katanya. Mengimbas apa yang berlaku pada PRU-12 lalu, Mas Ermieyati berkata, banyak pihak menuding jari kepada orang muda yang dikatakan tidak memberi sokongan sehingga membawa gelombang perubahan yang sangat besar kepada landskap politik negara. Justeru jelasnya , seperkara yang mungkin dapat diperhalusi daripada isyarat tersebut ialah 'peralihan kuasa' perlu dilaksanakan dalam UMNO.

Relevan Ia boleh direalisasikan dengan membuka ruang yang lebih besar kepada generasi muda untuk membawa perubahan yang relevan dengan kehendak zaman di dalam parti itu. UMNO juga tambah beliau, perlu menyuntik nafas baru kepada generasi muda dengan memberi kepercayaan kepada golongan itu untuk mentadbir dan mencorak perjuangan parti seiring dengan pandangan dan aspirasi orang muda. ''Jika kita perhatikan kebanyakan yang menjadi tunjang kepada UMNO hari ini adalah generasi sebelum merdeka sedangkan gelombang perubahan politik ketika ini banyak dicetuskan oleh generasi selepas merdeka.

''Justeru, UMNO tidak boleh mengelak daripada satu perubahan yang mantap dan padu untuk memastikan kelangsungan perjuangan parti untuk Melayu ini," ujarnya. Mengharapkan pengisian ulang tahun UMNO ke-62 kali ini melebihi sekadar sebuah perhimpunan semata-mata, Pengerusi Putera UMNO Johor, Rusdin Mahamud pula menjelaskan, adalah lebih baik sekiranya roh dan semangat perjuangan sebenar UMNO disemarakkan lagi terutamanya di kalangan generasi muda. Golongan itu hari ini katanya, perlu disuntik dengan semangat, jati diri, kesedaran dan tanggungjawab hakiki tokoh UMNO terdahulu yang berjuang membebaskan negara daripada tangan penjajah.

Biarpun kiblat perjuangan itu tidak lagi sama, beliau percaya, semangat juang tokoh terdahulu itu tidak harus mati. Ia sebaliknya mesti terus mengalir dalam darah generasi muda sebagai spiritual dan roh perjuangan memastikan UMNO terus berdiri tegak dan megah membela nasib orang Melayu. Berpegang kepada semangat itu, katanya, setiap ahli UMNO pastinya tidak akan tergelincir daripada asas perjuangan parti yang sebenar iaitu menegakkan kepentingan bangsa dan agama melangkaui kepentingan dan kesenangan peribadi. ''Sambutan ulang tahun UMNO pastinya lebih bermakna sekiranya setiap ahli UMNO yang meraikannya memiliki roh perjuangan untuk membela bangsa serta menjadi penggerak dan bukannya pengikut semata-mata," katanya. Harapan serupa turut disandarkan oleh Ketua Puteri Kedah, Shahanim Mohd. Yusof yang dalam mendekati generasi muda terutamanya di negeri itu, akan menubuhkan sebuah koperasi usahawan siswazah sebagai platform menyatukan wanita muda untuk menggerakkan aktiviti ekonomi.

Bagaimanapun beliau menarik perhatian sempena ulang tahun penubuhan UMNO ke-62 nanti supaya kakitangan kumpulan A iaitu pengurus dan profesional diberi ruang untuk kembali menyumbang kepada pembangunan UMNO. Tambah beliau, UMNO ketika ini ketandusan pemimpin pewaris yang berkarisma dan berwibawa sekali gus memerlukan satu platform yang lebih luas dalam melahirkan pemimpin dengan ciri-ciri tersebut.

''Adalah sesuatu yang merugikan apabila golongan ini yang mempunyai pengalaman, kemahiran dan kebijaksanaan yang tinggi terpaksa menyalurkan kelebihan itu kepada pembangkang kerana dikekang penglibatan mereka dalam UMNO," katanya.

Pembaca yang budiman,nyatakan pandangan dan komen anda mengenai rencana tersebut.

Saya tidak berniat hina sultan- Karpal Singh

KUALA LUMPUR 7 Mei –
Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, beliau tidak berniat menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah ketika membuat kenyataan mengenai campur tangan istana dalam isu pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury yang dianggapnya sebagai urusan pentadbiran kerajaan negeri. Justeru, Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu memberi amaran kepada para pemimpin UMNO supaya jangan mempolitikkan kenyataannya berhubung soal itu sehingga menjadi isu perkauman.
Menurut Karpal, beliau hanya membuat komen dari sudut undang-undang tetapi ia telah disalah tafsir. “Saya tidak tahu mengapa pemimpin-pemimpin UMNO mahu mempolitikkan isu ini sehingga menjadikannya sebagai isu perkauman,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini. Semalam, Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tindakan Karpal yang terus mempertikaikan keputusan Sultan Perak menitahkan Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menarik balik arahan pertukaran dan melantik semula Pengarah JAIP sebagai perbuatan biadap.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Syed Hamid Albar pula berkata, tindakan itu bukan sahaja biadab malah mencabar kedudukan dan kedaulatan sultan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut melihat tindakan Karpal mempertikaikan kuasa Sultan Perak dalam hal ehwal agama negeri itu jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Karpal memberitahu, beliau tidak menentang Sultan Perak dan tidak mempunyai sebarang niat untuk mempersoalkan kedudukan baginda. “Dalam apa cara sekali pun, saya tidak mahu menghina atau menentang Sultan Perak,” ujarnya. Bagaimanapun, beliau mengulangi pandangannya bahawa urusan pertukaran pegawai kerajaan terletak dalam bidang kuasa kerajaan negeri dan bukannya di bawah kuasa Sultan. PENGERUSI DAP, Karpal Singh berkata semalam, beliau tidak berniat menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah ketika membuat kenyataan mengenai campur tangan istana dalam isu pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury yang dianggapnya sebagai urusan pentadbiran kerajaan negeri.
Justeru, Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu memberi amaran kepada para pemimpin UMNO supaya jangan mempolitikkan kenyataannya berhubung soal itu sehingga menjadi isu perkauman. Menurut Karpal, beliau hanya membuat komen dari sudut undang-undang tetapi ia telah disalah tafsir.
nyatakan pandangan dan komen anda berkenaan kenyataan akhbar tersebut. pandangan dan komen biarlah berlandaskan akal yang waras untuk kebaikan semua rakyat malaysia.

Banyakkan Bertolak Ansur

Perempuan yang sedang marah perlu dipujuk dengan kasih sayang. Dengar dengan teliti apa yang diperkatakan. Jangan beri komen ataupun cuba beri nasihat. Perselisihan faham memang tidak dapat dielakkan kerana manusia mempunyai pendapat yang berbeza. Bertolak ansur adalah kunci kebahagiaan pasangan yang bercinta.
Pahit manis percintaan
Manusia itu diciptakan berpasangan antara lelaki dan perempuan. Pastinya mereka saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Apabila ada jodoh antara kita dan dia, memang itu adalah pasangan yang sesuai. Bercinta itu memang indah, tetapi indah lagi cinta itu apabila ditambah manis dan pahit di dalamnya. Barulah ada cabaran dalam mencari cinta suci.
Pujuk kekasih kita
Hubungan cinta mana yang tidak ada perselisihan faham. Apabila perempuan marah, pujuklah dia dengan kasih sayang. Tanya kepadanya perkara yang menyebabkan dia marah. Kita perlu bertanya pada waktu yang sesuai. Biar dia melepaskan kemarahannya dahulu. Kemudian, dengar dengan teliti perkara yang diperkatakan dan jangan sesekali beri komen ataupun beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang kepada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif dengan perasaannya. Oleh itu, kaum Adam perlu banyak belajar mendengar daripada bercakap. Sementara itu, apabila lelaki marah, jangan terburu-buru hendak bertanya kepadanya sebab dia marah. Ini hanya menambahkan lagi kemarahannya. Berikan masa kepadanya untuk berfikir secara rasional. Lebih baik kita cuba pamerkan kasih sayang kita kepadanya. Suasana yang tenang mungkin dapat membantunya menghilangkan rasa marah. Jangan sesekali mendesaknya.
Mengalah bukannya kalah
Mengalah bukan bererti kalah. Sebaliknya dengan mengalah kita mungkin menang. Dalam percintaan, salah seorang daripada kita perlu bersikap tolak ansur. Ia bagi memastikan hubungan yang dibina dapat kekal lama. Jika masing-masing keras kepala, pasti hubungan cinta kita terputus di pertengahan jalan.
Memang dalam percintaan pasti ada manis dan pahit.
Perselisihan faham memang tidak dapat dielakkan kerana manusia mempunyai pendapat yang berbeza. Oleh itu, persefahaman penting. Kalau boleh, cuba bertolak ansur dan bersifat mengalah. Pasti suatu masa nanti dia sedar betapa baiknya diri kita dan betapa bertuahnya dia memiliki kita. Kunci persefahaman Adakah kita rasa dengan mengalah dalam suatu perkara dan keadaan bererti kita orang yang lemah dan pendapat kita tidak dihormati? Sebenarnya, sifat bertolak ansur dalam percintaan adalah kunci berjayanya hubungan yang dibina. Cuba bayangkan sepasang kekasih yang sedang bergaduh. Masing-masing cuba mempertahankan pendapat mereka. Kedua-dua mereka tidak mahu mengalah dan tetap dengan prinsip dan pendapat mereka. Apabila keadaan ini berlarutan, selalunya hubungan cinta mereka tidak kekal lama. Kita perlu sentiasa bertolak ansur apabila berlaku sebarang silap faham ataupun rasa tidak puas hati dengan tindakannya. Apabila kita marah, ini hanyalah memburuk-kan lagi hubungan cinta kita. Bukankah memaafkan itu perkara terindah dan mulia?
Kembali ceria
Apabila masing-masing bersikap tolak ansur, hubungan cinta pasti kembali mekar dan ceria. Mulakan hari-hari kita dengan rasa gembira dan penuh yakin. Mudah bagi kita menghadapi sebarang masalah apabila sentiasa bersikap tolak ansur. Segala silap faham dapat diselesaikan dengan segera. Kita tidak perlu bergaduh dan bermasam muka dengannya. Bukankah sikap tolak ansur ini membawa lebih banyak keuntungan dalam perhubungan? Oleh itu, tanamkan sifat ini dalam diri dan sentiasa memaafkan kesalahan dan kesilapannya.

Wednesday, May 7, 2008

Membina Personaliti Sebagai Pemimpin

Membina Personaliti Sebagai Pemimpin
Seorang pemimpin tidak akan berjaya menjadi pemimpin yang berkaliber sekiranya dia tidak membina dirinya dengan sifat-sifat kepimpinan. Pemimpin itu sendiri yang mesti membentuk dirinya menjadi pemimpin. Seorang individu agak sulit untuk menjadi pemimpin sekiranya dia memiliki sifat-sifat berikut:
1. Mementingkan diri sendiri. Orang yang begini menganggap 'status lebih penting dari jenis pekerjaan'
2. Berlengah-lengah. Orang yang suka melambat-lambat atau menangguh-kan kerja, orang-orang begini akan sentiasa memberi pelbagai alasan untuk melengahkan kerja atau untuk mengambil keputusan.
3. Kebiasaan yang sukar diubati (status quo). Orang yang berfikir bahawa kebiasaan-kebiasaan yang sukar hendak diubati adalah suatu yang biasa. Sikap ini boleh menjadi pendorong utama kepada kegagalan.
4. Mengingati kisah-kisah lalu. Mereka yang sentiasa hidup dalam kejayaan masa lalu akan tinggal dalam angan-angan untuk memperoleh kembali keadaan seperti itu semula.